Wednesday, September 24, 2014

Pulut Kuning dan Rendang Daging Istimewa di Hari Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, hari ni  bersamaan 24 sept, genaplah 23 thn kami melayari bahtera perkahwinan. Syukur pdMu Ya Allah kerana merahmati dan memberkati hubungan kasih suci ini. Moga ianya berkekalan bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.
 Banyak suka dan duka di lalui bersama membuatkan kami suami isteri lebih menghargai satu sama lain dan makin mengeratkan lagi hubungan kasih sayang ini. Terima kasih suamiku Mohd Khata yg sentiasa memberi,menerima dan berlapang dada menjaga hubungan suci dan halal ini dngn penuh hikmah. Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati keluarga kita dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin...Tiada sambutan istimewa pun, sekadar menu2 biasa je ikut selera keluarga. Di hari yg istimewa ini juga saya sempat sediakan pulut kuning dan rendang daging tanda kesyukuran. Alhamdulillah...mood tetiba teringat anak2 yg jauh di mata tapi dekat sangat2 di hati...rindu Talhah ngan Seri Izati lah tuuuuu...




9 comments:

  1. pagi2 buta ni kebulur plak temgok pulut mengancam ni..haishhh telan air liur je la..nyum nyum

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary kak, moga sampaj ke jannah ye, sedapnya pulut kuning, lama tak mkn

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 23. Kak zai doakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke jannah amin.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan pulut kuning... tengok gambar makanan akak ni, memang semuanya nampak sedappp... terliur fai dibuatnya..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Yatie,

    Selamat ulang tahun yang ke 23!

    ReplyDelete
  6. Happy Anniversary buat Yati & Hubby.. Moga terus berbahagia hingga ke Jannah.. Ameen..

    ReplyDelete
  7. sedapnya Nampak pulut kuning tu..lama x mkan.

    selamat ulang tahun perkahwiann akk...dan salam perkenalan..

    jom follow n singgah blog sya..:-)

    ReplyDelete
  8. Happy Anniversary Kak Yati.. Semoga beroleh bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  9. SELAMAT PENGANTIN LAMA buat Yatie dan en Suami. :) Semoga berbahagia bersama selamanya. Aamiin.

    ReplyDelete