Tuesday, August 26, 2014

Salam Penutup Syawal dari Yatiememories

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Lama tak bersiaran, terasa rindu sngt dngn blog kesayanganku ini. Terima kasih pd pengunjung yg masih sudi singgah blog ni, saya amt2 menghargainya. Rasanya ada berbaki sehari  di bln syawal, di sini saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua. Maafkan andai selama perkenalan di alam maya ni saya ada melakukan kesilapan yg tidak di sengajakan.

Rasanya ada sebahagian kwn2 yg mengenali diri ini, tau kenapa saya menyepikan diri buat sementara waktu. Saya terpaksa berehat sebentar dari aktiviti berblogging kerana masa tidak mengizinkan. Pada 22 Julai kami sekeluarga telah bertolak ke UK. Pada 24 Julai kami menghadirkan diri di majlis Konvokesyen anakanda kami Mohamad Talhah bin Mohd Khata. Syukur Alhamdulillah anakanda telah berjaya menamatkan pengajiannya dan akan sambung lagi pengajiannya lebih kurang setahun lagi di Nottingham.

Ok tu kita cerita nnti, alang2 dah berada di UK bersama anak bujang kesayangan, kami sekeluarga menyambut Aidilfitri di perantauan. Aidilfitri di sambut sederhana je, maklumlah kami dah biasa sambut raya di peraantauan, adalah jemputan raya dari kwn2 anak di UK juga majlis raya bersama pelajar2 Msia di Sheffield. Syukur alhamdulillah, walau sambutan raya sederhana, tapi kami amat bersyukur kerana dpt merayakannya bersama keluarga tersayang.

Masa pergi UK ni, anak saya Seri Izati tak ikut sama setelah perbincangan keluarga di buat. Ibu manalah yg suka2 je nak tinggalkan anaknya sendirian kan. Kalau boleh saya nak semua satu keluarga berkumpul, tapi apakan daya. Seri baru masuk Uitm dlm Asasi TESL Kuantan, jadi dia tak boleh cuti sesuka hati tanpa sebab yg kukuh. Kebetulan kami pergi dari 22 julai hingga 14 ogos...mmng lama kan. Kami tak mahu Seri Izati ketinggalan kuliah dan beberapa test yg di hadapinya. Syukur, Seri makin matang dan memahami. Seri pun faham sebelum ni abangnya Talhah 3 thn di Msia masa kami sekeluarga di US dulu. Sekarang Seri cuma kena tinggal 3 minggu je...tak lama kan. Ini semua demi masa depannya.

Walau apa pun pandangan orng, kami sekeluarga tetap bersatu hati dan merasa bahagia. Alhamdulillah.Ok kita layan gambar yg tak seberapa ni..



















4 comments:

  1. eh... dah convo ke talhah... macam sekejap je dah 3 tahun

    ReplyDelete
  2. wahhhh! seronok lihat gambar Kak Yatie sefamily beraya di perantauan.. & satu gambar yg mencuit hati.. aksi Dr Khata.. lawak betul.. hihi

    sy pun ingin ambil ksempatan utk mnyusun sepuluh jari jika ada terkasar bahasa dan komen2 yg menyinggung hatimu, semoga ukhwah antara kita berpanjangan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. salam pkenalan

    dan

    salam aidilfitri
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. Seronoknya pergi UK. Tak kira dimana pun kita menyambut raya yang penting bahagia.

    Teringat anak, menantu dan cucu kak zai yang tinggal disana.

    ReplyDelete