Sunday, March 9, 2014

Puding Tauhu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Puding tauhu yg sangat sedap bila di makan sejuk.Banyak kali dah buat puding ni, tak pernah jemu sbb sedap sangat. Kali ni saya lebihkan air lagi supaya adunannya lembut mcm dadih. Pada peminat puding tu bolehlah cuba resepi K.Nor ni. Resepi asal menggunakan agar2 tali, tapi saya tak biasa guna agar2 tali tu....nak mudah saya dah olah guna agar2 serbuk dan sukat jumlah airnya. Ternyata mmng sedap dan lembut je. Jom semak resepinya....




Bahan-Bahan
  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 2 liter air (8 cawan)
  • 3/4 cwn gula
  • 1 cwn susu pekat
  • 2 cwn santan (200ml santan kotak + air selebihnya)
  • 3 cawan susu cair (1 tin susu cair 400ml + 350ml air)
Cara-Cara
  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Boleh juga di tuang ke dlm loyang, tapi kalau nak makan kenalah sendukkan kedlm mangkuk kecil.
  7. Hidangkan bersama buah laici ataupun bahan2 kuah seperti di bawah.
Bahan kuahnya
  • 1 tin laici- toskan airnya, siat2kan laici tu
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn air masak
  • 1 cwn air laici tadi
  • 5 sudu besar gula, nak lebih pun boleh
Caranya.
  1. Bancuhkan air masak bersama gula. Masukkan air laici tadi, susu cair dan gaul sebati. Masukkan laici yg di siat2 tadi. Bila dah siap, bolehlah di hidangkan bersama puding tauhu lemak manis.
  2. Selamat Mencuba.

7 comments:

  1. sbb ianya putih spt tauhu,dinamakan puding tauhu yea..:)
    sedap dimakan ketika musim panas ni

    ReplyDelete
  2. Yati.. buat takmo.. buatkan nak.. hahahah

    ReplyDelete
  3. Kak Zai selalu buat puding ini.

    ReplyDelete
  4. terliur nengok,kalu mkn musim2 panas ni mesti sedap...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...makan masa cuaca panas ni memang menyegarkan... salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  6. Salam yatie..pe kbr?bnyk resipi yatie yg akk DA Cuba..best..smua jadi..tq tau

    ReplyDelete
  7. Salam sis, nak tanya..puding yang sis buat ni lembut macam dadih ke? Kena guna periuk saiz cam mn ye...sorry byk ty sb saya biasa bt guna agar2 tali 25g dan dapat byk. Nk cari resepi yang sukatannya sikit.

    ReplyDelete