Saturday, February 8, 2014

Kuih Kaswi - K.Fida

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan satu lagi resepi kuih kaswi yg sangat sedap. Kaswi resepi Kak Fida ni mmng sedap sbb selain kenyal kuihnya cantik berkilat. Sebelum ni saya suka kuih kaswi nyonya resepi K.Fida ni. Kawan2 boleh cuba kalau nak merasa. Kali ni saya dah kurangkan sendikit sukatan gula sbb takmo terlalu manis kuihnya. Pada peminat kuih kaswi tu, boleh cuba resepi ni...mmng sedap..tak pernah jemu makan kuih ni...selamat mencuba...





Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc )
  • 280 gm tepung gandum
  • 80 gm tepung kanji / tpng ubi
  • 40 gm tepung hoen kwee
  • 780 ml air
  • 2 sudu kecil air kapur
  • sedikit warna coklat-jika perlu
Bahan perlu di masak
  • 300 gm gula melaka/ gula merah*
  • 125 gm gula pasir*
  • 500 ml air*
  • 1/2 sk garam*
  • 3 helai daun pandan* - disimpul
Cara-cara
  1. Campur ketiga-tiga jenis tepung, 780ml air dan air kapur, kacau dan ketepikan.
  2. Masak gula melaka/gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan dengan 500ml air hingga mendidih dan gula larut.
  3. Tapis air gula yang masih panas ke dalam campuran tepung dan kacau rata. Masukkan secukup pewarna coklat,kacau rata dan tapis lagi adunan.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu minyak dan dipanaskan dulu.Kukus selama 45 min sekiranya guna loyang dan kukus 20 minit sekiranya guna acuan kecil.
  5. Biar kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong dan sajikan dengan kelapa parut kukus.

6 comments:

  1. Yatie ni kannn.. kalau bab tepung & the gang, dialah ratunya.... semuanya nampak sedap2 belaka!

    ReplyDelete
  2. tak pnh puas mkn kuih kaswi ni..sedappp :)

    ReplyDelete
  3. Salam..maaf btnya..mcm kuih lompang jer..x sama kan...nk cuba jgk nie..tq 4 sharing

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie...terbaiklah... foto pun nampak real dan sedap sangat. Macam ada kat depan mata, kuih kaswi ni.

    ReplyDelete
  5. terliur sangat2 dah lama x makan kaswi

    ReplyDelete
  6. Saya da cuba resepi ini. Mak kata marvellous. Anak2 puji sedaaap. Cuma next time nak kurangkan sikit gula pasirnya. Tkasih krn berkongsi resepi....

    ReplyDelete