Friday, November 22, 2013

Karipap Pusing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang2 ni sedap layan karipap pusing yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Sebelum ni pernah buat, bila dah sejuk karipap tu jadi liat, tapi resepi dari Cahaya Sheila ni mmng terbaik, sedap, rapuh dan rangup walaupun dah semalaman. Kalau tak percaya, kwn2 buatlah sendiri ya..mmng puashati dngn hasilnya. Sebelum ni mmng paling malas buat karipap walau satu family suka kuih ni, tapi skrng....tidak lagi...lebih2 lagi cuti sekolah ni, anak2 rajin membantu...yg best lagi tu asyik tanya...dah siap ke....dah boleh makan ke....mama nak ambil gambar dulu ke...he3...tu keje Hamka lah tu....dia tau kerja mama dia sblm ni....tapi tak kisahlah, tu menunjukkan dia tau mama nya buat sendiri...kan..kan..kan..

Terima kasih pada Sheila berkongsi resepi dan cara2nya sekali. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini ya. Resepi ni juga boleh tngk di blog Kak Noor, cantik2 karipap yg di hasilkan. Selamat mencuba kwn2 semua...






   Gambar cara2 buat karipap pusing ni Yatie ambil dari FB Isma Maisarah...tq berkongsi cara membuatnya.

BAHAN DOH A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar veg shortening
  • 2 sudu besar marjerin


CARA-CARA
  1. Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan. 
BAHAN DOH B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air anggaran (boleh tambah air sedikit lagi jika adunan keras.)
CARA-CARA
  1. Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu. 
  2. Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti. 
  3. Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan. 
  4. Doh di bahagi 4 dan dibulatkan. 
CARA MEMBUAT NYA
  1. Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh2 seterusnya.
  2. Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
  3. Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang2 saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik2 ya...
  4. Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...
BAHAN INTI
  • 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 dada ayam atau daging di potong kecil
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu serbuk cili/cili kisar
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
CARA
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.

23 comments:

  1. cantik curry puff nya.. lain kali mau coba buat juga.. ;)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...sedapnye kak yatie... :)

    ReplyDelete
  3. bak nak sepiring Yatie.... terlior tau!

    ReplyDelete
  4. Uiiiii dapnye karipap petang2 nih.... saya pernah sekali buat karipap pusing ni kak..tp x jadi... ~_~

    ReplyDelete
  5. Lapar perut tengok karipap pusing ni....bila la agaknya ada kerajinan nak pusing2 ni...!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...yatie...karipap pns..karipap pns..hishh klu dapat sepiring sedap ni kena dgn teh o kurang manis...

    ReplyDelete
  7. dah lama fikir camna nak buah doh karipap pusing ni . alhamdulillah , jumpa lak kat sini . thanks

    ReplyDelete
  8. cantiknya kejadian karipap tu...lama xbuat karipap...teringin la plk....

    ReplyDelete
  9. salam kak yatie..

    nampak sedap dan cantik karipap tu..rasa mau try juga buat karipap yang rapuh ni walaupun sudah semalaman..

    ReplyDelete
  10. T ksh atas pkongsian...moga Allah swt mnambahkn ilmu dan kpandaian..

    ReplyDelete
  11. cantiknya lapisannya,saya buat asyik tak menjadi aje...last2 buat cam biasa ...

    ReplyDelete
  12. Assallamualaikum kak Yatie..

    Kak, Nadz kalau karipap pusing ni pun rajin gak..rajin makan...hehehe..sebab kulitnya tu rangup kan. Tapi bab nak membuatnya tu Nadz malas.. Next time buat, akak frozenkan pas tu poskan pada Nadz sikit eh..kih..kih...

    ReplyDelete
  13. cantik kejadiannya ...dah lama saya tak buat teringin la pulak..

    ReplyDelete
  14. Salam sedapnya karipap tu...air yg digunakan tu air biasa atau air ais...

    ReplyDelete
  15. salam nk tanye veg shortening tu ape ye???

    ReplyDelete
  16. mis chooi 0167716822August 27, 2014 at 10:58 AM

    Kak yatie
    Can i order curry puff from kak
    Mis chooi sini 0167716822.
    Pls contact me directly

    ReplyDelete
  17. mis chooi 0167716822August 27, 2014 at 11:06 AM

    Good morning
    Can i order curry puff from kak
    Mis chooi here
    0167716822

    ReplyDelete
  18. As'salam..cantik n sedapnya karipap pusing..sya pun pngemarnya juga.tq share rspi

    ReplyDelete