Thursday, October 10, 2013

Bingka Roti Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat kuih bakar/ bingka. Kebetulan banyak roti putih kat rumah ni, jadi daripada terbiar gitu je...saya pun buatlah bingka roti berjagung ni. Anak2 mmng suka makan jagung. Tak kisahlah jagung rebus, jagung bakar, jagung dlm tin dan jagung krim. Apa2 yg berkaitan dngn jagung mmng suka yg amat. Bila kenangkan semuanya suka, apalagiiii..mama pun buatlah bingka roti berjagung ni. Resepi sebenar dari Mat Gebu, tapi saya dah buat guna sukatan cawan. Kali ni saya guna santan dan susu cair..mmng sedap dan bertambah lemak berkrim. Sebelum ni guna susu cair je sbb kehabisan stok santan di rumah. Kedua2nya sedap..yg penting bakar garing...tang kerak tu yg menjadi rebutan. Terima kasih pd penyumbang resepi, akak kongsikan sekali lagi resepinya ya.




Bahan-Bahan- loyang 10 inci
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus/kastor
  • 100 gm mentega, dicairkan dan biarkan suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 12 keping roti putih, didadu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 liter santan / susu (Yatie guna 500ml santan dan 500ml susu cair)
  • 1 cawan jagung krim dalam tin
Cara-Cara
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
=> Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.
=> Untuk pengunaan santan di atas, saya guna 200ml santan pekat dan tambah 300ml air utk menjadikan adunan 500ml santan...manakala 400ml susu cair dan 100ml air biasa utk menjadikan jumlah susu 500ml.

4 comments: