Thursday, June 13, 2013

Sambal Sotong Daun Kunyit

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni masak sambal sotong kegemaran anak2. Kalau ada samabl mestilah ada ikan atau ayam goreng. Hamka paling tak tahan pedas, sebab tu kena masakan dia yg lain, sotong masak kicap ke. Resepi asal Mat Gebu guna daun limau purut, kali ni saya tukar pula pada daun kunyit...mmng sedap. Kalau makan dngn nasi lemak ni, mmng sedap betul. Pada peminat sambal sotong tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap dan harum je bau daun kunyit tu. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg sotong, dibersihkan, potong ikut suka, cuci dan toskan-saya tak potong
  • 1 helai daun kunyit-buang urat tengah dan ptng halus
  • 1 camca besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit hirisan halus daun kunyit untuk hiasan
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 3 biji buah keras
Cara Menyediakannya
  1. Sotong yang telah ditoskan tadi, dicelur dalam air mendidih, tapi jangan lama sangat celur dalam 30 saat sudah memadai, angkat dan tosk, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan pes asam jawa, daun  kunyit dan kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak sekejap.
  3. Masukkan sotong yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan bersama nasi atau sebagainya. 

6 comments:

  1. Assalamualaikum...yatie sedapnya..lapar perut bile tguk sotong ni...

    ReplyDelete
  2. Kalau x guna buah keras boleh x? Hihi..mohon share resepi ye...

    ReplyDelete
  3. ayoyo gelek2 lagi perut ni kak yatie bila tgk sambal sott eheheh..ada plak daun kunyit harumnya bau..

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa......makan plak ngan nasi lemak...

    ReplyDelete
  5. as salam yatie.

    mmg kegemaran saya lauk sotong, baru semalam buat paprik sotong.
    tima kasih kongsi resepi sotong.
    insyallah leh buat nanti...
    nak try letak buah keras lah.

    p/s arwah nenek memang masak asam pedas mesti bubuh buah keras. sedappp.

    ReplyDelete
  6. Antara lauk pilihan blh buat ramadhan nnt. Tq kak yatie

    ReplyDelete