Saturday, April 13, 2013

Donut - Rima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi buat donut atas permintaan anak2. Kali ni buat ikut resepi Rima, mmng sedap dan lembut je walau dah semalaman. Donut ni sedap di makan gitew je, takyah letak topping segala pun dah sedap. Kalau kwn2 rajin tu, bolehlah salut dngn coklat cair dan kacang kegemaran ya. Donut ni, saya makan dngn gula halus je, tu pun dah sedap sangat. Kalau tak salut gula halus pun dah sedap sbb donut ni dah manis rasanya walau tak salut gula halus.

 Terima kasih Rima berkongsi resepi donut yg rasanya mcm kat donut big apple, mmng sedap dan puashati. Resepi donut yg saya buat sebelum ni menggunakan tepung gandum je, resepi kali ni guna tepung roti..dah tentu lain rasanya...donut jadi lembut sangat. Pada kwn2 yg nak merasa kelainan donut ni, bolehlah mencubanya, mmng sedap sangat. Jom semak resepinya.



Resepi Asal : Bisous a Toi - Rima
Sumber : Masam Manis Mas

Bahan :
  • 500gm tepung roti
  • 100gm gula halus
  • 11gm instant yeast
  • 4 biji kuning telur
  • 200 ml air
  • 100gm magerine / butter
  • 1 sudu kecil garam
Untuk Hiasan :
  • 200g Chocolat masakan - cairkan
  • 100g kepingan Almond
Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  2. Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  3. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  4. Rehatkan doh 20-30 minit hingga kembang.
  5. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
  6. Rehat doh semula 20 minit.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  8. Salutkan donat dengan gula atau choc cair ikut selera.
  9. Cara Ita,
Masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Doh siap untuk digoreng.

4 comments:

  1. memang best donut resepi kak rima ni..
    mas dah byk kali buat...

    ReplyDelete
  2. salam yatie, aduh gemok nya donut tu makan sebijik pun dah kenyang ni kannnn boleh try nnti copy resepi dulu..

    ReplyDelete