Thursday, January 3, 2013

Happy 3rd Bloggersary Dan Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 3.1.13 merupakan ulang tahun ke 3 blog Sinar Kehidupanku @Yatiememories.blogspot.com. Syukur Alhamdulillah dapat bertahan hingga ke hari ini. Mudah2an di beri kesempatan lagi utk berkongsi sesuatu yg berguna buat teman2 yg di kasihi. Terima kasih pada pengunjung setia blog  Yatiememories juga teman2 FB, silent reader,follower samaada yg lama ataupun yg baru, kenalan jauh dan dekat juga buat kaum keluarga yg di kasihi. Tanpa sokongan dari anda semua, mungkin blog ini takkan bertahan hingga ke tahap ini. Moga teruskan beri sokongan dan kata2 semangat buat blog Sinar Kehidupanku. Moga ianya terus bersinar di masa2 akan datang.

Ok, sempena anniversary bloggersary ni saya kongsikan resepi Ayam Panggang Rosemary yg sangat sedap ni. Resepi ni saya kopipes dari K.Nor dan boleh juga lihat di blog Wana dan Ibundo. Ramai juga dah mencuba resepi ni, ternyata mmng sedap sangat. Pada peminat ayam panggang tu, bolehlah cuba resepi ni.mudah dan sedap...selamat mencuba, jom semak resepinya..


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar daun rosemary kering
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 3 sudu besar gula perang2 sudu besar madu- Yatie tambah
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar jus limau
  • 3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
  • 5 biji kentang
  • 2 biji tomato
  • 6 biji baby carot
  • sedikit mentega

Cara penyediaan:
  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak.
Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

11 comments:

  1. Salam dan selamat malam k.yati cyg...
    mmg nmpk pun dah sedap nikan kalau dpt makan... :)

    ReplyDelete
  2. salam dan slmt p'kenalan akak...
    & slmt ulang thn b'blog yg ke-3....

    ayam panggang rosemary tu npk m'giurkan je..
    Hmmmmm... dapnya kalau dpt mkn skrg ni...

    ReplyDelete
  3. menggiurkn btul la ayam ni..hihihi

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak.....selamat mmbesar bagai johan blog akak....:-)

    Sedap nmpk ayam tu......

    ReplyDelete
  5. tahniah kak.....semuga terus 'berblog'.....berkongsi resepi2 yg menarik lagi!!!!!

    ReplyDelete
  6. wahh sedapnya ayam nie, n plg best pasal all in one, tak yah masak dish lain dan..nanti nak cube..nk g petik daun rosemary dulu

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/ubat-sakit-sendi-boleh-hilang-dalam-5.html

    ReplyDelete
  7. salam Yatie,
    Selamat ulang tahun blog yang ke 3
    Semoga Sinar Kehidupanku terus bersinar secerah suria pagi..

    ReplyDelete
  8. slm kak Yatie...

    hppy 3rd bloggersary kak...moga akak akn terus bkarya n sukses lg..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Tie... anniversayi ke 3 blognya... ayam panggang rosemary memang sedap, kalau boleh tulang2nya pun nak ratah sekali he he he ehh

    ReplyDelete
  10. As'salam kak Yatie,

    Selamat ulangtahun blog ke-3
    Moga kak Yatie akan terus kan dengan perkongsian ilmu/resepi yang best-best!
    Menarik tertarik singguh kat Ayam Panggang Rosemary tuu~~

    ReplyDelete
  11. Tahniah! Selamat menyambut ulangtahun ke-3 blog Sinar Kehidupanku.

    ReplyDelete