Tuesday, January 22, 2013

Donut Kentang Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi sedap layan donut kentang yg sangat lembut ni, kena plk dngn teh O panas...perghhhhh mmng sedap betullah.  Ada yg terliur ke....alahai setakat donut je. Kalau ada yg terliur tu, pergilah dapur masing2 ya dan terus rebus kentang....bila dah sejuk kentang tu, lenyekkan dan bolehlah uli doh wat donut kentang ni. Sambil tngk tv tu, bolehlah menggentel tepung ni...mudah je kan. Pada yg berkerja tu, bolehlah buat malam ni sambil tngk tv....sok pagi bolehlah buat sarapan utk keluarga tersayang...

Terima kasih Ros berkongsi resepi donut kentang yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini sekali lagi ya. Donut kentang ni juga boleh lihat diSINI.




Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya 
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

12 comments:

  1. As salam k.yatie...
    Alahai....gebu gebas comel lotey je donut tu duk tesusun....
    Peberet anak sy nie kak....klau dia nmpk gmba nie...msti suh buat nie....

    ReplyDelete
  2. beriya hari tu Yus beli kentang nak buat donut, last2nya habis masak kari, hehehe. Kak Yatie, ni agak2 kentangnya brp biji mahu pakai?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Yatie... wahh sedapnya donut ituhhh. yummieh nya.. trima kasih resepinya ya

    ReplyDelete
  4. as-salam kak
    wahhh!!!malam2 ada donut kentang kat sini...npk gebu donut tu kak yatie...

    ReplyDelete
  5. xnah penah try la donut kentang nie..hurm teringin la pulok tgk donut gebu kat atas :)

    ReplyDelete
  6. wahhh...cantikkk gebu la donut kentang tu...

    ReplyDelete
  7. kayrul pun suka guna resepi ros...lembut jer donut tue..best la

    ReplyDelete
  8. my peberet ni kak...
    cantik donut kak yatie...
    kalau mimie buat ada yang besar ada yang kecik...ish..ish

    ReplyDelete
  9. Haah ler, gebu betol, bile la dpt wat gebu mcm n, yatt x brp pndai wat, asek x jd je huhu

    ReplyDelete
  10. salam..kak mohon izin kn sy try resepi akak ni yer...tq:)

    ReplyDelete
  11. terima kasih, saya dah cuba buat dengan resepi ni, memang jadi donut kentang saya..n gebus..:)

    ReplyDelete