Wednesday, April 25, 2012

Talam Beras Gula Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama rasanya tak menalam....terasa lain macam je. Maklumlah tuan rumah mmng peminat setia kuih2 mcm ni, tu yg jadi menu wajib setiap minggu tu. Kalau kuih baru masak, mengalahkan budah kecik je...maunya di kuis2 kat tepi loyang tu sebab tak sabar nak rasa. Bila dah dapat rasa tu...uwaaaaa lega tak terkira rasanya...haiii macam gitewwww sekali penangan kuih kukus2 mcm ni. Itu bagi sayalah...pada yg tak suka kuih2 mcm ni,no komenlah...semuanya terpulang pada selera masing2 ya.Itu hak kita, selera kita..janji tak kacau orang...tul tak..

Ok, kali ni saya cuba resepi talam dari Kak Wan pula. Semua sedia maklum, Kak Wan ni mmng pakar dlm membuat kek, kuih muih dan gubahan makanan. Kalau singgah blog K.Wan ni, mmng teruja dan tak sabar nak cuba resepi2 darinya yg semestinya memikat selera. Terima kasih Kak Wan kerana berkongsi resepi Talam Beras Gula Merah yg sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.




Lapisan Bawah (loyang 8")
Bahan A
  • 120 gm tepung beras
  • 40 gm tepung hoen kwee
  • 500 ml air
  • 1 sudu teh air kapur
Bahan B
  • 200 gm gula merah
  • 60 gm gula pasir
  • 125 ml air
  • (jadikan 300 ml sira gula)

Cara-cara
Lapisan Bawah:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Masak bahan B hingga gula laruut, tapis dan ketepikan.
  3. Sebatikan bahan A hingga rata, masukkan bahan B, sebatikan dan tapis ke dalam periuk.
  4. Masak di atas api sederhana hingga berwapdan nampak pekat.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang yg telah dileser dgn sedikit minyak.
  6. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 30 minit.

**Sementara tunggu lapisan bawah masak, bolehlah sediakan bahan2 utk lapisan atas spt di bawah.

Lapisan atas
  • 300 ml santan pekat KARA
  • 200 ml air
  • 60 gm tepung beras
  • 20 gm tepung ubi
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
Lapisan atas:
  1. Sebatikan semua bahan lapisan atas, tapis.
  2. Tuang keatas lapisan bawah, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 20 minit.

**Cara yg Yatie buat,**

Sebelum menuang adunan lapisan atas ke permukaan lapisan bawah, pastikan jangan ada air yg bertakung di permukaannya. Sekiranya ada, angkat loyang dan sendengkan loyang. Buangkan air tu guna sudu/tisu dapur. Letakkan semula di dlm pengukus dan cakar2kan sedikit permukaannya. Tuang adunan atas dan kukus guna api sederhana selama 20-25 minit.Setelah masak angkat dan sejukkan. Biarkan betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik.

16 comments:

  1. Memang rajin la kak yatie nih wat kuih kukus..seisi rumah suke mkn ye kak..kalo kat umah ni bermusim,tu yg pyh sikit nk buat..hehe..tp bila dh musim,mcm x cukup! nampak sedap laa kak

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi Yatie,
    kuih talam beras gula merah tu cantk warnanya, hitam putih jadinya ye.... manis menawan!

    ReplyDelete
  3. Salam, Kak Yatie.. kita pun peminat kuih talam tapi entah kenapa kurang kerajinan nak buat. Lain kali kita cuba resepi ni ya sebab suka dengan kombinasi rasa setiap lapisan tu yang ada masin dan manisnya..

    ReplyDelete
  4. suka tengok kuih talam yg Yati buat...

    ReplyDelete
  5. suka kuih talam..
    cantik kemas jerk talam kak yatie nie....

    ReplyDelete
  6. elok je hasilnya kak yatie..cantik...nti ada ms sya nak cuba pulak

    ReplyDelete
  7. asal yatie update ye ella mesti datang. sbb kita 'admire' yatie yg suka masak. kita lak entah bila la nak masak best-best camni.

    ReplyDelete
  8. salam,
    suka ni sbb ada dua rasa, manis dan masin..

    ReplyDelete
  9. Sedap nya Yatie...Dan cantik sangat ...hendaknya kepala dia masin2 lemak ..mama mmg fail kalau talam2 ni.. malu la....

    ReplyDelete
  10. kalau tak silap kuih talam gula merah ni ada 2 jenis. Satu guna tepung gandom. Confuse le. Yg ni guna tepung beras. Mungkin lain rasa.

    ReplyDelete
  11. oo terima kasih Yatie for sharing resepi tradisional nii..Nekcik mmg minat kalau talam talam nii....kena buat sendiri baru puas hati..kena lemak dan manis nya..baru kaw!!!

    ReplyDelete
  12. as-salam kak Yatie..
    cantik kuih talam beras gula merah kak yatie ni.. permukaan kuih kelihatan cantik, rata dan licin aje...

    ReplyDelete
  13. salam K.yatie, nampak sedap je.. nak tanya skit, camne cara panaskan pengukus ye? saya pakai periuk kukus eletrik... keep warm dulu ke? kaalu kita x panaskan jadi apa ye? (maaf le, soklan cam budak sekolah je..:)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum k.yati, nak tanya klu tepung ubi xde ganti ngan tepung jagung ok tak?

    ReplyDelete
  15. Salam Yatie, kuih yang sangat mudah & sedap lembut bergoyang lagi. Kak suka melawat blog ini kerana resepinya mudah belaka, tk.

    ReplyDelete