Wednesday, April 18, 2012

Nasi Arab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu ayam lagi...tak kisahlah janji anak2 suka dan nak gak makan sayur. Sebenarnya dah lama teringin nak masak nasi arab sendiri, kali ni barulah berkesempatan nak membuat dan merasa hasil air tangan sendiri. Macam biasalah, suami dan anak2 tak putus2 memuji keenakan nasi arab ni, bukan main berselera lagi diaorang makan. Hamka paling suka nasi macam ni, mmng dari minggu lepas Hamka suruh masak nasi yg ada perisa katanya. Saya pun tanyalah nak makan nasi apa? Tak kisahlah mama, janji yg ada perisa....makaiiii memandai je Hamka ni mengorder... Semalam saya luangkan masa lah masak nasi arab ni walaupun kesibukkan yg melanda. Alang2 dah tekak sendiri pun nak merasa sangat nasi ni, saya pun masaklah dngn penuh semangat. Masa menumis dan sementara menunggu nasi ni masak...fuhhhh dah tak tahan bau rempah yg membangkitkan selera ni. Dalam hati dok fikir, macamanalah sedapnya nasi ni.

Bila dah masak,terus rasa sikit....rasanya terus nak makan je dngn lauk kegemaran...tapi lum tangkap gambar lagi..bila dah kenyang kang dah takde selera pulak nak tangkap gambar. Saya pun teruslah menceduk nasi kemangkuk dan taburlah bahan2 hiris dan terus tangkap gambar. Lepas tu..faham2lahhhh....

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg sukakan nasi berempah ni, bolehlah mencubanya. Saya suka nasi ni sebab dah ada ayam sekali dlm nasinya, jadi hanya masak lauk yg berkuah jelah supaya tak rasa nasi ni kering. Kali ni saya makan bersama Kari Ayam Serai Wangi dan Acar Timun Nenas. Terpulanglah pada selera kawan2 ya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg beras bathmati [basuh, rendam dlm 20 minit dan toskan)
  • 1.5 liter air
  • 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 tin kecil kacang peas-toskan airnya
  • 1 cawan kismis
  • 3 biji cili merah- dihiris serong
  • 3 biji cili hijau- dihiris serong
  • 1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
  • 1 pokok daun ketumbar ]
  • 3 s/b minyak
  • 5 s/b minyak sapi
  • 2 s/b serbuk jintan manis ]
  • 1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
  • bawang goreng
  • gula
  • garam
Bahan Tumis
  • 5 ulas bawang merah ]
  • 3 ulas bawang putih ] mayang
  • 1 labu bawang besar ]
  • 3 cm halia ]
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 s/k jintan manis
  • 1 s/k jintan putih
Cara
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
  4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
  5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
  6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

**Kali ni Yatie tak guna beras basmathi, Yatie masak guna beras siam Birds of Paradise yg tak wangi dlm bungkusan hijau. Sukatan air tentu berbeza dan di kurangkan sikit. Terpulang pada kawan2lah ya.

12 comments:

  1. Salam Kak Yatie.. mmmm pepagi dah bau aroma nasi arab neh.. rajinnyer kak.. setakat neh erma tak pernah wat lagi nasi arab.. nampak bebetul sedap.. tqvm kak syer resepi.. nak masuk list he he he

    ReplyDelete
  2. Yatie, tumpang makan nasi arab boleh...mengancam!

    ReplyDelete
  3. Assalam Dik yatie...mak aii harum semerbak baunya....Ya habibi..ya maulana.....sukalah si Hamka tu ya!!layan kan ajelah Dik...nanti dah gi belajar jauh2 kita dok teringat jer...apa yang dia orang selalu minta yer tak?Selamat menjamu selera.....!

    ReplyDelete
  4. salam kak yati...mmg wangi bau nasi arab ni kan sbb penuh dgn rempah2....nmpk pun dah terliur....hiihhihi

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie

    sedap ni nasi arab you masak..kena plak dengan lauk ayam seari & acar timun tu..

    ReplyDelete
  6. salam,
    Hantar semangkuk ke sini ye kak, tgh lapo niee..

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak yatie, hujung minggu ni nak buatlah, hihi Hamka mcm auntie tina, suka nasi berperisa

    senang sikit kan, sebab lauk dia ada sekali dgn nasi ni

    ReplyDelete
  8. asslm Kak Yatie...myelerakan tgk nasi arab tu...lgi2 bile dimakan dgn kari ayam tu...sedapnya...

    ReplyDelete
  9. wahh nmpak cam sedap jekk..terliur jekk nie..
    nak cuba buat jgak lah..kot2 menjadi hehe..
    neway thanks coz share resepi nie yer..hehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yatie,
    bau nasi arab dengan kari tu sampai ke Lahad Datu....ni cepat2 datang ni, takut kehabisan... ada lagi ke?

    ReplyDelete
  11. salam k.yatie..sedapnya nasi arap...tak pernah rasela..mintak sikit..ada lg kan...hhehe..klu rajin nnt nak try juga..

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Yatie datang membalas kunjungan ni.... nasi arab memang sedap kak... nyaman aje gitu... pulak ada acar nenas hadoii memang terbaik... tq kak muahh

    ReplyDelete