Sunday, April 29, 2012

Burger Malaysia Tanpa Daging /Pau Goreng Sambal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni layan Burger Malaysia. Saya jarang panggil kuih ni burger malaysia/burger kampung. Biasanya saya sebut pau goreng sambal je. Tak kisahlah sebut tak sama tapi kuihnya tetap sama iaitu rasa donat, makan dngn sambal tumis dan hirisan timun. Bila cerita pasal burger Malaysia ni, teringat masa anak sulung saya M.Talhah darjah 1. Bila balik je dari sekolah mesti cerita apa yg dia beli masa waktu rehat. Talhah ceritalah pada mamaNya dia beli burger kat kantin sekolah. Dia kata burger tu sedap sangat tapi takde daging, cuma ada timun dan sos je. Saya pun pelik gak, nape takde daging pulak burger tu. Nasib baik harga burger kat sekolah tu cuma 30sen, tak kisahlah takde daging. Dalam hati saya dok tertanya2 kedekut sangatlah orng kantin tu jual burger tanpa daging. Saya pun tak kisahlah sebab hampir setiap hari Talhah beli juga burger kegemarannya tu.

Satu hari tu saya buatlah pau goreng sambal ni. Alangkah gembiranya Talhah masa tu. Dia cakap, macam nilah rupa burger yg dia beli kat sekolah selama ni. Sama dngn mama punya yg tak letak daging, cuma sos dan timun je. Dalam hati menahan gelak dan tak tahan menahan ketawa. Rupanya pau goreng sambal inilah yg dikatanya burger. Rupanya sambal tumis tu disangkanya sos, padanlah takde daging burgernya. Rupanya selama ini kawan2nya menyebut burger, sebab tulah dia sebut burger juga. Adoyaiii masa ni nak salahkan sape, masa kecik2 pun saya dah gelar kuih ni pau goreng. Biasanya mak buat pau yg dikukus, separuh lagi mak goreng sebab anak2 tak sabar nak makan. Adunan yg sama juga mak buat pau goreng sambal ni lahhh...Ok lah kita tinggalkan dulu cerita pau goreng/ burger malaysia ni. Saya mmng seronok bercerita pasal anak2 ni. Tak kisahlah orng nak cakap apa, yg penting saya tak cerita pasal orang dan tak menyakiti hati mana2 pihak.

Sebenarnya boleh guna resepi donut yg biasa kita buat utk pau goreng sambal ni. Kali ni saya guna resepi dari Kak Liza sebab nak rasa kelainannya masa menggoreng. Kak Liza campurkan sedikit butter ke dlm minyak utk menggoreng donut/pau sambal tu. Memang ada kelainannya. Kalau nak tahu tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih K.Liza berkongsi resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan A
  • 600 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 100 gm gula halus
  • 30 gm susu tepung
  • 1 s/k garam
  • 11 gm [ 1 paket] yis mauripan
Bahan B
  • 1 biji telur [pukul sikit]
  • 330 ml air suam
  • 60 gm majerin /butter
  • 1 s/k bread softener
Bahan C [untuk goreng donut]
  • 500 ml minyak
  • 1 s/b majerin
Cara-Caranya
  1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
  2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit. Yatie uli guna tangan, jadi Yatie tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg di kehendaki.
  3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
  4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
  5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
  6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
  7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
  8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan. Boleh juga di buat pau sambal.
**Saya buat pau goreng. Bila doh dah naik sedikit, saya bulatkan2 dan leperkan sedikit, susun dlm dulang. Bila doh dah naik barulah goreng guna api perlahan/sederhana je. Masa nak goreng pun leperkan doh sedikit. Bila dah kekuningan, angkat dan toskan. Bila dah sejuk, barulah belahkan tengahnya tapi jngn sampai putus. Sapukan sambal tumis dan letakkan hirisan timus. Siap dan bolehlah di hidangkan.

Bahan2 Inti Pau Sambal
  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya

13 comments:

  1. salam Kak Yatie.. inilah kuih fav sha masa zaman sekolah hehhee... tak lapuk dik hujan.. malah kekal sepanjang zaman....:))

    ReplyDelete
  2. Banyak guna tepung..berapa ketul blh dpt ni kak?

    ReplyDelete
  3. teringat masa zaman sekolah dulu,tiap2 hari beli pau nie, zaman tu masih murah lg kuih2 mcm nie..

    ReplyDelete
  4. Geram tgk burger comel tu... dah lama tak makan, kalau buat minum petang mesti best nih...

    ReplyDelete
  5. sedapnyer... kzura kalau pegi pasar mlm wajib beli burger malaysia nie.. suka3x.. pasni kena wat sendiri ler jawabnyer.. huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Assalam Dik Yatie...hehe..kelakor kan kisah anak2 ni...anak Akak yang 2nd tu memng suka pau goreng ni..sebab ada sambal bilis tu...dah lama rasanya tak buat...nak kena gi senteng lenganlah nampaknya!

    ReplyDelete
  7. suka makan nie..dah besar nie pelik plak dengar org panggil nie burger malaysia

    ReplyDelete
  8. akak..ni kegemaran adik.tp lum pernah wat resepi ni lagi.adik copy eh resepinya

    ReplyDelete
  9. ops..akak..sy pun pggl burger malaysia..hehehe

    ReplyDelete
  10. makanan wajib beli masa saya disekolah rendah dulu... heheheh

    ReplyDelete
  11. saya pun panggil burger malaysia gak..hehehe

    ReplyDelete
  12. Kak yatie..ni kuih fvrt sy sjk kcl lagi..lama dh trgn nk buat..skrg dh de resepi kak yati blh la cba buat..

    ReplyDelete