Friday, April 20, 2012

Ayam Goreng Berempah Beriani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni hari jumaat, so kena buat kerja rumah cepat2. Bila dah semuanya kena buat cepat, menu hari ni pun yg cepat di masak dan sedap dimakan...tapi bukan mee maggie ya. Hari ni saya masak bening sayur bayam, ayam goreng berempah beriani dan buat sambal belacan....tu je. Menu yg ringkas kan... Walaupun nampak ringkas, masa makan tak ringkas punyerrr..maunya berpeluh2 makan dngn sambal belacan kaw...kaw..punyer..

Oklah terus pada resepinya ya, resepi asal dari Dayang Jack dan saya kopipes dari K.Nor. Terima kasih pada penyumbang resepi...mmng tak rugi mencubanya. Pada peminat ayam goreng tu, bolehlah mencubanya..mmng sedap sangat.



Bahan-Bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc)
  • 2 sudu besar rempah beriani (DJ guna 1 peket kecil rempah beriani Faiza)
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar :
  • 6-7 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 4 ulas bawang putih
Cara-Cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
***Ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus

9 comments:

  1. as-salam kak Yatie
    sedapnya kalau dapat makan ayam ni dengan nasi lemak atau sedap dibuat ratah2..ni kalau tak silap Ayam Goreng Berempah Beriani#2 kan kak..?

    ReplyDelete
  2. Makaihhh kak..
    Mantop nih..
    Mkn ngn nasi panas.. ;)
    Take care & happy weekend yer.. ;)

    ReplyDelete
  3. sedap makan dengan nasi panas2 ni.rempah nak lebih ye..

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie... nak bahagian peha tu.. 2... tak nak makan dengan nasi... nak ratah cam tu jer... sedap!

    ReplyDelete
  5. feveret aiman ni .. nak pulak kalau yg baru digoreng. sedap makan panas2, kan.

    ReplyDelete
  6. sedapppppnyaaaaaaaaaaaa.............
    seketul kak...

    ReplyDelete
  7. sedapnya tgk ayam goreng akak ni..kalau saya buat memang meratah gitu jer ni..hehe

    ReplyDelete
  8. salam kak yati..wahhh sy x pernah cuba lg ayam msk camginie..sedap x kak??..he hee mesti sedap kan..nk cuba jgk la..:)

    ReplyDelete
  9. Daun kari tu nampk segar sgt n tambah selera nk mkm ayam ni..nk cuba la nanti kak

    ReplyDelete