Thursday, April 12, 2012

Apam Indon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pagi ni kita bf dngn Apam Indon.Sebenarnya saya buat apam ni malam tadi dan pagi ni bolehlah buat bf. Anak2 terkejut gak, kenapa mamaNya suruh makan kek pagi2. Apam ni seakan2 rupa kek pula. Ini adalah hasil tngk keayuan apam indon yag Ita Masam Manis buat sebenarnya. Mengikut resepi asal cuma buat 3 lapisan je, hasil kekreatifan Ita terhasillah apam indon yg sungguh menarik. Saya adalah antara kawan yg teruja sangat nak mencuba dan merasa apam indon ni. Inilah hasilnya...pada saya dah oklah..kalau kawan2 tngk yg Ita buat...lagilah cantik. Siapa yg tak kenal Ita kan...semua hasil sentuhan tangannya membuatkan setiap menu tu jadi sungguh istimewa. Terima kasih Ita berkongsi idea yg kreatif.

Menurut Ita, resepi ni adalah dari Blackmore Forum Cari dan ianya juga telah di cuba oleh MamaFami, Cikpuan Mieza myresepi dan Kak Ummi. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kali ni saya buat cara Ita.




Bahan-Bahan
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak-Yatie tambah
  • pewarna dan perisa kegemaran
Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Sediakan loyang ukuran 9 inc
  3. Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
  4. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  5. Campurkan garam ke dalam susu.
  6. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  7. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  8. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  10. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  11. Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
  12. Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.
Cara Ita, Yatie juga ikut cara yg Ita buat.
  1. Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan.
  2. 2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla.
  3. Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
**Masa mengukus, Yatie tutup loyang tu dngn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.

32 comments:

  1. Salam kak,
    Dah kuar apam kaler2 yg cantik pulak, mmg betul2 menggoda jiwa..Cuci mata kat sini dululah nampaknye..

    ReplyDelete
  2. cantiknya apam tu, dulu penah tgk kat rumah kak ummi, pun dah rasa cantik sangat, yg mcm ni pun cantik juga

    ReplyDelete
  3. Pagi2 ni nampak kueh cantik2 sedap mata memandang..dlm hati ada ketenangan...sabar sungguh yatie...nampak cermat sangat buatan nya...

    ReplyDelete
  4. Assalam Dik Yatie...teringinlah pulak nak makan apam Indon ni walaupun tak dapat ke sana....rasanya Akak pun kagum dengan keayuan apam ni dah diolah coraknya oleh si ITa yang memang kreatip tu...dan persembahan Dik Yatie tambah membuatkan Akak teringin nak mencuba....izinkan Akak membuat salinan kiranya Akak jadi memyediakan ya! Cantik...sampai nak menitis air liur...belum menitik lagi....dok control!!

    ReplyDelete
  5. rajinnya kak yati...saya malas betul nak buat lapis2 cam akak ni...hehehe..makan je rajin...kekeke

    ReplyDelete
  6. Kak,

    Kak Ita buat apa mmg cantik, tp apam akak ni...(hihihii) cukup cantik dah pada saya...kalau saya, ummm blm tentu..

    errr dah puji pat blas kali ni, takkan takleh dapat hasil 5,6 ketoi, saya tak sarapan lagi ni...:P

    ReplyDelete
  7. as-salam kak Yatie
    menarik apam ni kak Yatie.. cantik kejadiannya..tgk macam kek span apam ni..harus dicuba ni..

    ReplyDelete
  8. Wah..cantik apam akak...bertambah teruja...saya nak membuatnya...selepas tgk kak ita n akak punya apam...

    ReplyDelete
  9. As'salam Yatie

    sangat2 cantik. tu hari dah tenung2 gak kat blog Ita, cuna nak buat aje yang belum ada kelapangan..hehehe

    ReplyDelete
  10. cantik... mesti sedap betul sebab semua yg buat puji melambung, ni yg teringin sangat nak buat ni..

    ReplyDelete
  11. memang kalau Ita yang buat.. semua benda jadi menarik & cantik...
    dari tak terasa sgt nak buat.. dan dan rasa tak sabar nak cuba.. hehehe.. hasil yg Yatie buat ni pun cantik juga hasilnya.... memang nampak mcm kek pun... hehehe..

    p/s : akak dah buat bingka cheese berlauk tu.. alhamdulillah memang sedap sgt2 rasa dia.. tengah tunggu Q nak masuk n3... tak tau bila la tuh.. hehe..

    ReplyDelete
  12. Baru 2 hari lepas Along copy respi ni dari facebook tapi takda cakap sumber nya.... rupa2 nya Azlita yg reka warna kombinasi tu.... ingat nak buat juga, suka tengok lapisan kaler tu.

    ReplyDelete
  13. wah .........
    cantikla kak yatie
    hanim plan nak buat semalam tapi tergendala dek gempa bumi

    ni yg semangat nak buah nih .....

    ReplyDelete
  14. kak yatieeeeeeeeeeeeee..
    huh huh mengah hari ni BW.. lawa nyerrrrrr kakkkk.. riso nak buat apam gini takut bantat.. slalu jek mcm kena sumpah.. huhu.. kena beli mixer power dulu gamaknya..:-)

    ReplyDelete
  15. cantik...QH pon nk buat jugak la...

    ReplyDelete
  16. mmg cntik kejadiannya apam ni yatie, rajin dan kreatif sungguh, rasanya dulu2 pernah buat apam lembut cam ni tapi versi pelangi tapi x surelah sama atau tak resepinya.

    ReplyDelete
  17. As Salam Kak, sgt lawa n terjemahan keikhlasan akak membuatnya tu dpt saya rasa....suka cara akak..penuh kesederhanaan tapik menawan : )

    p.s.
    kak, sos sotong atau sos ikan tu apa ya?mekacih

    ReplyDelete
  18. Salam kenal kak yatie....Iza minggu lepas buat apam ni,baru nak masuk n3.Iza x buat macam akak n kak ita tu...iza buat macam pelangi je,main tarook je colour dia.

    ReplyDelete
  19. Cantik kak..
    Rasanya pon mst sodap.. ;)

    ReplyDelete
  20. cantik apam k.yatie nie..sm mcm k.ita buat..ms tengok k.ita punya ade terasa nak buat, skrg k.yatie dah buat lagi kuat keinginan nak cuba..masuk list

    ReplyDelete
  21. Knp la tak berjiran dgn yatie ye? kalau tidak, dapat makan sedap2. hehehe

    ReplyDelete
  22. Assalam kak, cantiknya apam ni..teringin lak nk rasa. nanti free dan ada angin rajin nak cuba jugalah..hehe

    ReplyDelete
  23. wah..sana sini tengok apam ni..tadi kat blog PCMG... ni terjumpa kat blog akak plak..cantik2! teringin nak cuba. =)

    ReplyDelete
  24. Mesti kena try ni... Ya Allah byk btol resepi2 yg menarik! TQVM kerana berkongsi ilmu masakan spt ini... :)

    ReplyDelete
  25. Salam..K.Yatie, cikwan dah cuba.. sedap2..tapi macam biasala ada ubah2 ckit warna2 tu... ampun ye! =)

    http://dapurcikwan.blogspot.com/2012/04/apam-indon.html

    ReplyDelete
  26. Hish macam dibakar bakar je semangat nak buat... tapi kalau semangat dah hangus terbakar.. tak buatlah jawabnya... ahaks.. Cantik je kejadian Apam Indon Yatie ni...

    ReplyDelete
  27. Cantiknya apam indon tu akak... Menarik sekali... Suka diana tgk kejadiannya....

    ReplyDelete
  28. Cantik..cantik..Cerr kalau sue yg buat tu..ntah jd rupe apa la agaknya....

    ReplyDelete