Wednesday, March 14, 2012

Red Velvet Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni terasa letih betul sbb mlm tadi saya pulang ke kampung, tengahari tadi pula balik ke rumah semula. Biasanya kami sekeluarga bermalam 2 hari di kmpng, tapi di sebabkan tugas suami..kami terpaksa pulang segera. Kebetulan semalam adalah hari ulangtahun kelahiran ibu saya, jadi mmng sesuai sangatlah kami sekeluarga pulang dan sama2 meraikannya. Sebenarnya takdelah sambutan istimewa..sekadar adik beradik semua dpt berkumpul bersama, membuatkan ayah dan mak cukup gembira.

Di kesempatan ini juga saya ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Lahir buat mak tersayang Pn Ainon bte Kosnan moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan semoga hidupnya sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. Aminn.

Kami adik beradik spontan je masak ikut kelapangan masing2. Kebetulan adik beradik yg lain duduk dekat dngn rumah mak, dapatlah diaorang dtng cepat. Saya sempat juga menyediakan bingka kentang kegemaran ayah dan mak, apam polkadot kegemaran adik2 dan anak saudara, Devil's Food Chocolate Cake, Red Velvet Marble Brownies dan juga Talam Berlauk. Walaupun adik dah beli kek istimewa utk mak, tapi saya tetap nak rasakan keluarga saya dgn kek hasil air tangan sendiri. Macam biasalah, tak pandai mendeco, jadi buat kek yg mudah dan sedap dimakan. Rasa seronok bila dapat jamu kaum keluarga sendiri dan menikmatinya dgn penuh selera.

Di sini saya kongsikan bersama salah satu resepi kek yg saya buat semalam. Memang sedap dan tak rugi mencubanya. Ramai kawan2 dah mencubanya. Rasanya Izah, Kak Anim pun dah pernah buat, yg terbaru Kak Ummi. Terima kasih pada Maz kerana berkongsi resepi. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak resepinya.



Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-
  • 125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung halus/superfine flour)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gram mentega - suhu bilik
  • 110 gram gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120 ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-Cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
  2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
  • 200 gram cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik (akak guna saiz A)
  • 60 gram gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-Cara:-

  1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
  2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
  3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
  4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

12 comments:

  1. as-salam kak Yatie
    waa sedapnye nampak..terliur nih..

    ReplyDelete
  2. Assalam Yatie cayang...selamat hari lahir buat bonda Yatie, semoga sentiasa diberkati, panjang umur dan sihat sejahtera hendaknya...Waaa sonok kan bergader adik beradik niii...makan2 pulak tu.. Waaa Red Velvet Brownies ni pun dah sampai ke sana yea...hehe.. Sedap kaaann.. ^__^ Tp kalau Yatie ajak akak makan sekali ramai2 tu lg best..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.. Ogyep blm pernah try buat marble style on red velvet.. May b blh try pulak lepas ni.. Meh le blog walking umah kita.. Rasa teringin pulak nak ber red velvet..

    ReplyDelete
  4. peeeh..tengok dh tau sedap..ramai gak kenkawan duk buat kek ni..No je belom menerai huhu...dorang kate mmg mabeles lah...

    pssst..terlio la kak, hihi

    ReplyDelete
  5. uhh pantasss kak yatie...mula tengok kat dapur kat ummi...ni dah ada kat dapur kak yatie plak...isshhh sedapppnya...

    ReplyDelete
  6. aduuhhh, sedapnya red velvet cheese brownies ni... Bila lah nak buatnya...

    ReplyDelete
  7. Assalam kak Yatie, bestnyer blk kg kak..seronok kan masih ada mak ayah lagi.rebutlah peluang yg ada selagi mereka masih ada kak.didoakan juga semoa mak akak diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa didlm rahmat Allah selalu..amin.

    sedap tgk brownies yg merah menawan ni kak...tunggu angin rajin skit lehla cuba ni:)

    ReplyDelete
  8. cantik...tak pandai nak buat la kak..huhu

    ReplyDelete
  9. Salam, nampak sedap dan resepi mudah, nak cuba wat arr..mintak izin copy resepi ye, tqsm.

    ReplyDelete
  10. salam akak..tq for sharing..resipi akakbest2 sumenye.

    ReplyDelete
  11. salam yati....nmpk best je...minta izin copy resepi ye..nk try buat....tqvm

    ReplyDelete