Sunday, March 25, 2012

Bingka Crackers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kuih bingka crackers ni saya buat petang tadi...terasa sedap sangat bingka ni mcm bingka2 sebelum ni. Tak jauh beza dari segi rasanya, tapi kalau nak tau mcmana rasanya tu..kenalah cuba ya. Sebelum ni nampak Kak Ummi buat, masa tu tak sabar nak buat. Saya pun kisarlah biskut cracker, tapi malangnya biskut tu hancur tapi berminyak sedikit...kalau nak ayak jadi payahlah pulak. Bila kisar biskut yg pertama jadi mcm tu, saya pun tak jadilah meneruskan percubaan buat bingka ni. Dalam hati terfikir, dari tak jadi..baik takyah buat...nanti membazirlah pulak terbuang begitu je.

Semalam nampak Hana buat, sekali lagi saya jadi teruja nak membuat dan merasa kuih ni. Kali ni caranya lain dan saya tak sabar2 nak mencubanya. Hana campur sekali biskut tu dlm adunan tepung dan kisar semuanya. Saya pun ikutlah cara yg Hana dan buat dlm 1/2 adunan. Syukur alhamdulillah kuih menjadi cantik dan rasanya teramatlah sedap. Terima kasih Hana berkongsi cara yg mudah pada kami semua. Terima kasih juga pada pemilik resepi asal iaitu Kh267tm di myresipi kerana berkongsi resepi ni. Kawan2 boleh rujuk di link utk adunan asal. Saya buat 1/2 dari adunan asal dan dpt dlm 3 keping acuan bahulu pecah lapan. Kalau nak cuba tu, jom semak resepinya.....




Bahan-bahan
  • 140 gm biskut cracker (biskut lemak)
  • 85 gm tepung gandum
  • 210 gm gula - Yatie letak 1 cwn
  • 3 biji telur
  • 710 ml santan @ susu cair
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
  • 1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau
  • Secubit garam
  • Sedikit bijan utk tabur
Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
  2. Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  3. Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Yatie panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan.
  5. Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
  6. Sejukkan dan potong.

14 comments:

  1. Menggodanyaaa...ni yg nak ter buat jee....

    ReplyDelete
  2. aduhhh!! kuih fav...harus cuba ni...

    ReplyDelete
  3. Boleh bayangkan mmg sedap kalau bubuh sekut.

    ReplyDelete
  4. Saya pun plan nak buat jugak ni. Haishh sedap betul nengokkan kuih akak tu.. Kerak2 nya tuu.. Hmmm

    ReplyDelete
  5. Aslmkum kak.
    Like it. . Bingka ni mmg sedap pun. Tp x pernah buat lg. . Kakak ja yg buat,sue tukang mkn ja. Hihihiii

    ReplyDelete
  6. Assalam Yatie cayang...apa khabar? Waaahh dah buat bingka krakers yeaa...akak pulak baru update bingka kacang merah, dah licin pun buat minggu lepas dan kirim kat adik yg datang bwk balik ke kampung...x puas makan, dpt sikit jer...nnt nak buat lgk...Thanks ya Yatie...muaaahhh

    ReplyDelete
  7. salam rindu kak..... cantiknyer kejadian bingka akak... garing2 gtu yang bertambah sedap! nak 'curik' mak punyer acuan pecah lapan la gini.. hihihihi

    ReplyDelete
  8. salam yatie, lama tak menyinggah rumah kengkawan... terujanya tengok kuih ni, rasa tak sabar nak mencubanya.

    ReplyDelete
  9. masuk list resepi ni..
    memang nak buat..
    sedappnya tengok kak..

    ReplyDelete
  10. Salam kak yatie! byk menu tertinggal ni kak, nak2 kuih kaswi kat bwh tuuu, kuil ol time fav :D kalau ghajen buat tp yg ada dlm list dulu kuih kaswi, ntah bila nk buat nii hihihi...

    ReplyDelete
  11. As'salam Yatie

    k.ct datang memalam ni Yatie. waktu macam ni jerlah ada kesempatan nak singgah. siangnya menguruskan kerja rumah nak BW hanya dapat klik2 resipi aje, tapi malam ni dapat tinggalkan komen.. Alhamdulillah

    k.ct nak cuba juga resipi bingka crackers ni lah Yatie. nampak menarik tapi nak buat 1/2 adunan juga macam Yatie :)

    ReplyDelete
  12. It's remarkable designed for me to have a web site, which is good for my knowledge. thanks admin
    my webpage :: online games

    ReplyDelete