Tuesday, January 3, 2012

Talam Pisang Dan Happy 2nd Bloggersary S.K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah hari ini 3.1.2012 blog Sinar Kehidupanku atau Yatiememories berusia 2 tahun. Moga terus suksess dan terus bertahan selagi mampu. Terima kasih pada rakan2 yg sudi berkunjung, teman2 di alam maya ataupun di alam nyata, silent reader, follower2, teman2 FB dan juga kenalan walau di mana jua anda semua berada juga buat kaum keluarga yg di kasihi. Kunjungan, dorongan dan kata2 semangat dari kawan2 semualah yg membuatkan blog Sinar Kehidupanku masih bertahan hingga ke hari ini. Saya amat2 menghargainya.

Terima kasih juga buat follower2 baru dan lama yg sudi mengikuti perkembangan blog ini. Maaf sekiranya saya terlepas pandang. Saya akan buat kunjungan balas sekiranya kawan2 meletakkan link yg betul. Kadang2 timbul masaalah bila nama tu takde link.

Terima kasih juga buat rakan2 blog masakan yg selama ini berkongsi resepi, idea, petua dan pengalaman. Alhamdulillah dngn berblogging inilah membuatkan skill masak2 saya bertambah baik dan bertambah sedap....itu pun pengakuan dari saya sendiri, suami tersayang, anak2 yg sentiasa mengatakan iye sedapnyaaaa masakan mamaNya, juga kaum keluarga yg sentiasa ingin merasa sesuatu yg baru dari masakan saya. Bila kaum keluarga sendiri mengatakan sedap tu, bertambah2 rajinlah kita kedapur....hilang segala penat.Terlalu banyak manfaat dari berblog ni,banyak ilmu yg di kongsikan bersama. Moga kita sama2 mendapat keberkatan dariNya. Semoga dngn perkongsian ilmu ini akan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.

Akhir kata sambutlah Salam Sayang dari Yatiememories. Terima kasih atas sokongan selama ini. Tanpa kunjungan dan sokongan dari anda semua tak mungkin blog Sinar Kehidupanku bertahan hingga ke tahap ini...(sekadar tahap biasa2 je..he3..) Terima kasih sekali lagi.

Jom kita tngk resepi Kuih Talam Pisang yg saya buat malam tadi. Kuih ni sedap dan lembut sangat. Terma kasih pada Sakinah Omar kerana berkongsi resepi yg best ni, juga buat CM yg memberi idea utk saya mencuba resepi ni. Pada peminat kuih talam mcm saya ni, bolehlah cuba resepi ni...mmng best..






Kuih Talam Pisang.(Yatie guna loyang bulat 8x3 inci)

Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 3 1/2 cawan santan kelapa.
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna kuning- Yatie tak letak sbb dah guna utk lapisan bawah/ pisang
Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

28 comments:

  1. tahniah kak yati, moga lebih aktif berblogging lepas ni ye

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak yatie...boleh masuk MasterChef lepas ni...

    ReplyDelete
  3. Talam Pisang? Eh .. eh .. kita tak pernah makan talam pisang. first time dgr lak tu, sedap ye yatie?

    ReplyDelete
  4. akak ni memang suke pisang ye? kikiki.. angan mareee.. alaaaaaa mmg nampak sedap ok. smlam saya membayangkan akak mengunyah talam pisang. sib baik tak bawak dlm mimpi. hehe.. dan seperti biasa.. ratu kuih talam kalau bab posing kuih tu.. fuh mau hari ni jugak rasa nak menalam pisang walaupun tak de stok pisang. cemana tu?

    ReplyDelete
  5. happy 2nd blog aaniversary kak..semoga terus menyediakan sajian yang mudah untuk d praktik kan..

    ReplyDelete
  6. epy anniversary Yatiememories...da 6 bulan tk jengah blog akak ni sbb kecederaan pinggang & dalam pantang...so past ni leh ar try resepi2 akak yg da MaMaNia ketinggalan...

    ReplyDelete
  7. cantek nya kaler tepung talam tu.

    ReplyDelete
  8. sedapnye talam pisang tu...

    kak yatie, nnt singgah umah mie eh amek kad yg xseberapa tu..hehhehheh

    http://nasyieen.blogspot.com/2012/01/happy-nd-anniversary-sinar-kehidupanku.html

    ReplyDelete
  9. Assalam Yatie cayang...Selamat Ulangtahun Ke 2 tuk Yatiememories...semoga terus sukses dan berkongsi idea dan resepi bagus2 lagi nanti...makin mantap! Yatie, kalau wat talam...mmg salute...cantiiikkk je..jgn ada yang tak percaya kan...hehehe

    ReplyDelete
  10. salam kenal kak...

    menarik ni, talam pisang, selalu pisang saya buat kek dan cekodok je..hehe

    ReplyDelete
  11. Assalam kak Yatie, tahniah dah 2 thn dah usia blog akak ni. semoga akan terus bersinar lagi dengan berkongsi resepi yg menarik lagi nanti..terutamanya kuih talam...hehe

    sedap kuih talam pisang ni..my fav ni kak tapaula skit yer..hehe

    ReplyDelete
  12. Happy 2nd bloggersary Yatie.. moga sukses and akan terus mengeshare resepi especially kuih kuih.. i loikeee :o)

    ReplyDelete
  13. Salam ini peminat talam datang hendak ambil resipi..memang suka talam macam ni

    ReplyDelete
  14. Congrats Yatie. Cantik talam tu....

    ReplyDelete
  15. Slmt thn baru 2012 dan Happy 2ndanniversary buat blog Yatie. moga terus ceria berkongsi resepi.
    tumpang jamu mata dg talam pisang ni...suka dg apa2 kuih yg ada pisang.

    ReplyDelete
  16. tahniah Kak Yatie.. semoga terus maintain berkongsi resepi2 yg best untuk pembaca di luar sana mencubanya, :D

    ReplyDelete
  17. tahniah kak yatie, since day one saya jumpa blog akak ni, akaklah ratu talam saya..heheheh...tq atas perkongsian selama ini. selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  18. Salam Kak yati...

    Duhhh bab talam ni memang buat sy teruja sokmo. Konherm akan cuba..and masuk list bakal buat..cuma date tu...uhuk2 sedang berusha lebih dalam menguruskan masa...

    Thanks for sharing..hepi new year hepi anniversary blogging..muahhh!

    ReplyDelete
  19. Selamat ulang tahun kak Yatie...semoga terus sukses ye. Resepi kak Yatie memang best2...

    ReplyDelete
  20. tahniah... selamat ulang tahu.. dan salam perkenalan, kreatif jgk yer masak talam pisang.. sy tak pernah cuba... mcm menarik jer.. bahan² pun senang...

    ReplyDelete
  21. sedapnyer... kita kalu der pisangjer memamg suka sesangat... kreatif sesangat tak pernah terfikr leh buat kuih talam...

    ReplyDelete
  22. salam yatie..SELAMAT TAHUN BARU 2011 & TAHNIAH sempena anniversary blog!.antara blog yg atie suker singgah..kuih talam & lapisnya sungguh menyelerakn,teruja nk mencuba!.

    ReplyDelete
  23. Assalam yatie, sedapnya nampqak talam pisang tu, cantik je. selamat ulang tahun sinar kehidupanku

    ReplyDelete
  24. Sinar kehihiduoan (kak Yatie)...semoga sukses n terus sukses....

    ReplyDelete
  25. Happy 2nd Blogversary to YatieMemories!!!
    go yatie go!!..semuga more recipe to come ..

    ReplyDelete
  26. Tahniah Kak Yatie.. Moga terus berblog dan sukses selalu.

    ReplyDelete
  27. kak yatie..adik yakin rasanya sedap.aduhh pisang mmg kegemaranku!

    ReplyDelete