Saturday, January 21, 2012

Roti Goreng Lilit/Pintal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai kawan2 yg dah mula pulang ke kampung sempena cuti CNY ni. Selamat bercuti semua dan berhati2lah semasa memandu, moga semuanya selamat sampai ke destinasi. Bagi saya mungkin esok baru balik sebab saya dan suami mmng orang Johor, jadi takde masaalah utk bercuti kat mana. Kalau balik kampung mesti dua2 rumah mak dan ayah kami singgah. Syukur alhamdulillah. Moga percutian ini dapat kita manfaatkan bersama keluarga tersayang.

Ok petang tadi sempat saya buat roti goreng lilit/pintal utk minum petang. Kebetulan petang tadi hujan, mmng sesuailah makan kuih2 yg di goreng dan panas...kena pulak dngn teh 0 panas, mmng best sangat. Makan sambil sembang2 dan tonton tv bersama keluarga tersayang. Memang saat2 inilah yg di nanti2kan....lebih2 lagi tngk anak2 makan dngn penuh selera, buat saya tersenyum je. Resepinya sama macam kita buat donut yg biasa2 tu, tapi kali ni saya guna resepi Kak Wan...terima kasih ya kak, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan-Bahan
  • 350 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis segera
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur B
  • 125 ml susu cair suam
  • 1 sudu besar minyak
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • 10 btng sosej- di rebus sebentar dan ditoskan
Cara-Caranya :
  1. Larutkan yis bersama susu suam dan gula. Kemudian masukkan tepung, garam, telur dan minyak masak, gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  2. Tutup doh dengan kain lembab / plastik dan biarkan selama 30 minit hingga mengembang.
  3. Kempiskan adunan di atas papan canai yang di tabur tepung.
  4. Timbang 40gm setiap satu dan bulatkan.
  5. Untuk doh lilit, gelekkan doh memanjang dan lilitkan pada sosej.
  6. Rehatkan selama 15 minit lagi hingga mengembang 2 kali ganda.
  7. Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan.

4 comments:

  1. As'salam selamat becuti hemm mmg kegemaran ank2 juga ni...boleh le cuba ...npk gulungan dan roti pun cantik

    ReplyDelete
  2. Sedap ni buat sarapan pagi esok... thanks yatie bg idea...

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Yati.dtg nak jamu mata dgn nasi lemak kuning tp dah terhidang pula roti pintal. mmg sedap roti lepas goreng panas2 buat minum ptg...inti sosej pasti jadi kegemaran anak2.

    ReplyDelete
  4. aslmkum yatie.. pernah buat guna doh donut jer.. anak2 mmg suke .. maklumlah ada sosej tu.. selamat pulang ke kg yer..

    ReplyDelete