Monday, January 9, 2012

Pumpkin Yogurt Muffin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni nak tayang muffin labu yg sungguh sedap. Sesuai sangat dimakan bila2 masa saja. Penyediaannya mudah je, jadi bila mudah tu bila2 teringin tu, bolehlah mencubanya. Sebenarnya hari ni masak sayur lemak labu. Alang2 dah rebus labu, saya asingkanlah dlm 1 cwn utk wat muffin labu ni. Dah lama teringin nak buat dan rasa muffin ni. Bila singgah Blog Izah mcm2 muffin yg gebu2 dan montok2 dipamerkan. Rasa teruja sangat nak membuatnya. Kali ni cuba muffin labu yg letak yogurt tu, mmng moist dan sedap sangat. Bila makan seketul tu rasa tak puas, nak makan lagi berketul2..he3..Kalau tak caya, anda cubalah sendiri....mmng sedap dan puashati.
Terima kasih pada Allrecipes kerana berkongsi resepi. Kali ni saya kopipes dari Izah dan ikut sukatan asal. Kawan2 boleh juga ikut seperti Izah yg tabur coklat chip atas muffin tu. Kali ni saya tak letak sbb nak rasa asli yg letak cinnamon powder tu. Bila bakar muffin ni terasa harum semerbak je. Jomlah semak resepinya. Kalau ada stok labu tu, bolehlah mencubanya..



Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 3/4 sk baking powder*
  • 1/2 sk baking soda*
  • 1/2 sk cinnamon powder*
  • 1/2 sk garam*(* di ayak bersama)
  • 3/4 cawan labu lecek
  • 1/4 cawan yogurt
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan minyak
  • 3/4 cawan gula halus
  • sedikit vanilla essence
Cara-Cara
  1. Panaskan oven ke 190 C.
  2. Ayak tepung bersama baking soda ,b. powder, cinnamon powder dan garam. Ketepikan.
  3. Satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak. Kemudian blend sehingga licin.
  4. Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung.
  5. Gaul adunan sekadar bersatu. Jangan overmix.
  6. Ceduk adunan ke dalam muffin pan.
  7. Bakar sehingga kekuningan lebih kurang 25 minit.

11 comments:

  1. wahh sedapnya muffin labu..naik elok jer tgk muffin ni kak:)

    ReplyDelete
  2. kak yatie..
    rajinnya memapin...
    cantik gebu jerk mapin labu tu..

    ReplyDelete
  3. As'salam Yatie

    k.ct pun suka kek atau muffin berperisa labu ni. kejadiannya akan lembut sangat. stok labu ada 1/2 biji dalam peti ais. lama dah beli cuma nak buat jer tunggu masa..hehehe

    boleh lah mintak seketul dua nak merasa juga ni :)

    ReplyDelete
  4. Assalam kak,uii mapin labu sedapnyer,mesti best nihngan rasa lemak2 labu,cantik mapin tuh membumbun kak.

    ReplyDelete
  5. slalu tengok akak di blog kak ita,CMG,dan kak DJ.
    berkunjung sekejap..eit dah.... langsung jatuh cinta......
    salam kenal kak ....
    salam dari dumai ,riau.indonesia
    senang betol jumpa blog akak.
    byk ilmu di sini... ^_^

    ReplyDelete
  6. salam kak yatie..rajinnye kak yatie...mapin labu plk ek..sedapnye kak...

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie,
    pumpkin banyak khasiatnya, sedap kalau dah jadi muffin.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaykumwbh kak Yatie...

    Dtg nak vongkos mapin ni.....mmmm tak penah wat pumpkin mupin ni, so nak mintak bley????:)

    ReplyDelete
  9. kakkk..lambat sampai internet prob.. woo lagi best bau cinamon tu kan kak. labu n cinamon..woo best best

    ReplyDelete