Friday, January 6, 2012

Asam Pedas Lada Hitam

Assalamualaikum dam Salam Sejahtera semua. Inilah menu kami sekeluarga hari ni. Sebenarnya mmng nak masak lauk ikan asam pedas arini, tetiba ternampak pulak Ita n3 asam pedas lada hitam pagi tadi. Teruja sangattttt..dahlah mmng saya peminat setia asam pedas....ari2 lauk asam pedas pun takpe.....tapi tak bolehlah wat mcm tu..jemu pulak suami dan anak2 asyik lauk asam pedas je. Ada pulak anak saya sound mama tau masak asam pedas je ke???...hah3..jawablah sendiri....maunya merah padam muka mamaNya...he3..

Biasanya asam pedas warna merah kuahnya, tapi kali ni cerah sikit. Ikut resepi dari K.Liza guna cili padi dan lada hitam je,tapi saya main campur2 je sbb ikut stok barang kat rumah. Saya letak 2 tangkai cili hijau, 2 tangkai cili merah dan 10 biji api/padi yg merah...pastu letak lada hitam....fuhhhh mmng kaw2 punya pedas...Terasa berasap telinga, tapi mmng sedap sangat..Kalau lauk pedas2 dan masam2 mcm ni mmng kegemaran saya dan suami...kalau makan berdua tu mmng best betul....lumba2 sape makan banyak...uwaaaaa ayat tak bleh blahhhh..

Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Kali ni kopipes resepi dari Mat Gebu lagi dan kawan2 juga boleh lihat di blog Ita Masam Manis...kami orng Johor mmng suka sangat asam pedas. Kalau tak caya...cuba lihat kat blog Mat tu..samakan asam pedas...cuma kali ni saya guna lada hitam lebih..jom semak resepinya...


Bahan Utama :-)
  • 500 gm ikan pari
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap biji
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Air mengikut keperluan
  • Daun sup, dipotong pendek
  • Minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk/Kisar
  • 20 biji cili api (Yatie guna 2 tngkai lada merah, 2 lada hijau dan 10 biji cili padi merah)
  • 2 camca besar lada hitam (boleh kurangkan)
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm belacan
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah kecil
Cara membuatnya :-)
  1. Basuhkan, rendam dengan asam limau, asam jawa dan garam. Bilas dan toskan hingga kering.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masak/terbit minyak. Masukkan jus asam jawa dan air (ikut keperluan) dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan, garam dan belahan tomato. Renih kuah hingga sedikit pekat. Taburkan potongan daun sup dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.....""panasss""......

8 comments:

  1. pestime macam baru taw ni
    huuuu
    bole terai ni :)

    ReplyDelete
  2. Baru tau ada asam pedas lada hitam. Selalunya asam pedas merah tu je. Memang kegemaranlah !

    ReplyDelete
  3. Orang johor mmg tak boleh lari dari asam pedas, famili saya pun. Sebulan sekali mesti ada, tak jemu. Ada jgk ltk lada hitam ek?

    ReplyDelete
  4. Assalam Yatie cayang....mmg diakui sedap asam pedas lada hitam k.Liza nih...akak dah pernah buat, tp dah lama dah...hehe. So, nak tumpang makan sini la mlm ni...ada lgk ke.. :

    ReplyDelete
  5. @aimie amalina
    owyeke...cubalah, baru taw mcmana rasanya..mmng sedap sangat..

    ReplyDelete
  6. @Hanim Mahali
    mmng sedap asam pedas lada hitam ni, lebih pedas dan panassss..he3..cubalah..

    ReplyDelete
  7. @~~zAnAfAhMi~~
    orng jogor mmng cukup sinonim dngn asam pedas, kalau boleh tiap hari nak makan asam pedas jek..he3...cubalah letak lada hitam, mmng best..

    ReplyDelete
  8. @Ummi
    wkmsalam K.Ummi cayanggg, kalau akak punyer pasal dah tentu sangat boleh..tapi lenkalilah eehhh..nnti yatie masakan yg special punyerrr..

    ReplyDelete