Thursday, November 3, 2011

Ayam Sambal Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam ni baru berkesempatan nak kongsikan menu tengahari kami sekeluarga. Mula tu macam malas je nak masak arini...tetiba rajin pulak masak ayam sambal kari ni. Sebenarnya dlm hati dok berangan nak masak kari ayam, tapi macam kembanglah pulak tekak ni. Biasalah, kadang2 tu rasa sedap sangat makan kari ayam, kdng2 tu rasa kenyang semacamlah pulak. Saya pun ambil keputusan utk goreng je ayam tu.....bila dah goreng tu, terfikirlah pulak nak kena buat sambal.

Kalau tak mmng tak berapa jalanlah ayam masak macam ni. Saya pun masaklah resepi ringkas tetapi sedap sangat. Ayam sambal ni di gabungkan dngn haruman daun kari....umphhhhh mmng mabeles. Sebab tulah nama masakan ni Ayam Sambal Kari, ada rasa sambal dan ada rasa kari..ala2 mamak style gitewwww. Ayam macam ni sedap juga di makan bersama nasi impit, nasi lemak selain dari nasi putih. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya..Jom semak resepinya..


Bahan A

  • 1 ekor ayam (di potong 16, cuci dan toskan)
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 6 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • minyak masak utk mengoreng ayam dan menumis rencah
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • serbuk kunyit.
Bahan B (kisar)
  • 30 tangkai lada kering ( saya guna 1 1/2 cawan cili kisar)
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 btng serai
  • 2 sudu besar udang kering
Cara- cara
  1. Ayam di gaul dngn garam dan sedikit kunyit serbuk. Goreng hingga separuh masak. Ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan dlm 1/2 cawan minyak dan tumiskan daun kari, tumiskan hingga wangi.
  3. Masukkan bahan yang dikisar kemudian tumiskan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yg telah di goreng tadi, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Bila bawang dah kelihatan layu, tutupkan api dan tuangkan jus limau kasturi. Kacau lagi sehingga sebati.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan api dan bolehlah di angkat.
  7. Siap utk dihidangkan.

5 comments:

  1. Yatie...
    tengok rupa pun dah tau sedap.... dah terbau aromanya sampai rumah kakak....

    ReplyDelete
  2. Assalam yatie,
    wah lauk gini memang confirm laku kat rumah kita..sedapnya..kecur pulak tengok pagi2 ni..sebab belum sarapan hehe..

    ReplyDelete
  3. Salam AidilAdha Yatie dan keluarga...eeemmm tengok ayam masak sempoi2 camni...sedap jeee... :))

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..Selamat Hari Raya buat Kak yatie sekeluarga..

    Nampak sedap ler kak Yatie..td Tun goreng jer ayam..huhuhu...malas ler nak masak skang ni..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie...saya dah nominate blog kak yatie utk BEST FOOD BLOG...moga berjaya.

    ReplyDelete