Sunday, May 8, 2011

Rendang Tok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat Hari Ibu sekali lagi saya ucapkan. Sebenarnya hari2 adalah hari ibu buat kita. Kalau cerita pasal ibu kita mmng takde habisnya. Segala pengorbanan ibu yg melahirkan dan membesarkan kita buat hati kita tersentuh. Begitu banyak jasa ayah dan ibu. Sesungguhnya hargailah dan sayangilah mereka selagi mereka masih ada. Ok, hari ni mesti ada yg masak special buat keluarga, takpun ada yg makan2 kat luar sebagai menghargai hari ibu. Tak kisahlah ya, asalkan kita sekeluarga gembira dan bertambah erat kasih sayang sesama keluarga.

Hari ni saya masak nasi impit atas permintaan anak2. Saya masak sayur lodeh dan rendang TOK. Dah lama tak makan nasi impit, kena pula di gandingkan dngn sayur lodeh dan rendang TOK, waduhhhh mmng sedap betul. Resepi rendang TOK ni saya kopipes dari K.Liza. Saya suka mencuba resepi dari K.Liza ni sebab kebanyakkannya mudah dan sedap. Kalau tak percaya, kawan2 cubalah sendiri ya. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.


Bahan- Bahan
  • 1 kg daging btng pinang [potong sebesar 3 inci]
  • 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> saya tak letak
  • 3 s/b gula merah- saya guna 1/2 ketul gula melaka
  • 3 keping asam keping
  • Daun kunyit [koyakkan]
  • garam
Bahan Kisar
  • 2 s/b ketumbar
  • 1 s/b jintan manis
  • 1 s/b jintan putih
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 25 biji cili kering
  • 20 biji bawang merah
  • 5 cm halia
  • 5 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Cara- Cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
  2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
  3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
  4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
  5. Hidangkan.

10 comments:

  1. sepantas kilat bawa pinggan kosong sambil wat muka tak malu mai ngendeng rendang tok yg kompom sedap ni...

    ReplyDelete
  2. Assalam kak yatie,wah masak rendang,sayur lodeh,nasi impit,wah rasa mcm dah nak beraya nih..Sedapnya nmpk,tumpang mkn kat umah akak leh,hehe..Pstt akak selamat hari ibu buat akak juga,muahhh..

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum yatie

    Selamat Hari IBU Yatie :D
    Memang betul tu yatie, hari2 adalah hari IBU bagi kta ni. Hari2 dah anak2 dok melihat kita dan disayangi oleh mereka setiap masa dan waktu.

    Rajinnya buat rendang yatie, meh dok berjiran denagan akak jom.. hihihi. ada nasi impit tak ni.. hihi

    ReplyDelete
  4. slmt hr ibu yatie...wah,mcm raya la ada rendang2 segala..suker!!kita nk cnp resepi ni eh..tkasih :)

    ReplyDelete
  5. Salam. Selamat Hari Ibu untuk Kak Yatie.. Sedapnya lauk rendang ni.. bertuah anak2 akak dapat ibu yg pandai memasak.

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum
    Selamat Hari Ibu Buat yatie
    Wahhh sdp tu rendang tok pekena gan nasi minyak atau nasi impit sdp ni..lama pulak x makan rendang yg kenduri org kawin...

    ReplyDelete
  7. aduuuuuuh...sedapnya yatie,dah lama tak makan rendang ni..hari tu masa di pasar tani akak dah beli daging.ingat nak buat rendang akhirnya akak buat sup asam..

    eh!akak dah keluar entri tntg kad hari ibu..maceh yatie..lap u..mmmuuuaaahhh

    ReplyDelete
  8. Asssalam,

    Selamat hari Ibu Yatie,

    Sedapnyer rendang tu.

    ReplyDelete
  9. salam Yatie...

    Sedapnya rendang...lauk special tuk hari ibu ke...bestnya...

    Happy Mother's Day Yatie...Happy2 selalu ya..:)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yatie...rendang tok ni sememangnya sedap, tengok pun dah tau. Kat Perak ni kalau rendang tok warnanya agak gelap, jenuh nak buat sebab kena kacau sampai kering.
    Selamat Hari Ibu juga buat Yatie...

    ReplyDelete