Monday, February 7, 2011

Apam Harum Manis

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni bermulalah tugas seperti biasa setelah seminggu bercuti sempena CNY. Biasalah ada yg mood baik ada pula yg mood sebaliknya. Kalau cerita pasal cuti, anak2lah yg paling seronok...bila persekolahan bermula semula, hai mcm2 ragam di buatnya. Lebih2 lagi anak bongsu saya yg berusia 6 thn tu....manja betul, mengalahkan budak 4 thn bersekolah. Asyik nak berkepit jek dngn mama nya. Kalau hari isnin, dia meragam sikit...esok lusa ok semula. Biasalah anak bongsu..manja terlebih..hehehehe.

Pagi ni saya bf apam harum manis. Saya buat malam tadi, jadi bolehlah buat bf sekali pagi ni. Bau pisang yg sungguh harum ni membuatkan saya makan lebih dari 5 ketoi kuih apam ni. Sedap betul apam ni...lembut sangat. Resepi ni saya kopipes dari Ita, Ita pula kopipes dari Shasha di FB,terima kasih pada penyumbang resepi yg sedap ni. Izinkan saya kongsikan di sini pula ya..




Bahan-Bahan
  • 300 gm gula melaka* (* di masak dan sejukkan)
  • 350 ml air*

  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir halus
  • 350 gm tepung gandum diayak bersama*
  • 1/2 sudu teh baking powder *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat* (* di satukan dan di ayak)
  • secubit garam*
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50 gm majerin/ butter - dicairkan
  • 8 - 9 biji pisang raja / berangan / emas dihiris bulat2 anggaran 1 cm
Cara-Cara
  1. Masak gula Melaka bersama air hingga larut dan tapiskan biarkan sejuk.
  2. Pukul telur dan gula halus hingga kembang dan pekat.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama sedikit2 dan kacau rata.
  4. Masukkan sirap gula Melaka, esen vanila dan majerin/ butter kacau sebati. (jika masih bergentel2 tapis adunan tersebut)
  5. Sapukan acuan kecil dgn sedikit minyak.
  6. Masukkan adunan dlm 1/2 acuan sahaja. Kemudian letakkan hirisan pisang tadi diatasnya dan kukus selama 15 hingga 20 minit.
  7. Setelah masak biar sebentar kemudian bolehlah keluarkan dari acuan dan hidangkan.

14 comments:

  1. dah lama masuk list kuih ni...tak buat2 lagi...
    nak sepinggan kak..he..he..

    ReplyDelete
  2. tergoda sungguh akak tengok apam ni..nak tunggu rasa 'R' tu muncul baru lah akak nak mengapam semula.takot mood hilang apam nya pun entah ke mana kan?..hehe

    ReplyDelete
  3. macam2 jenis apam ada ek...sungguh la kretip mereka2 ini & yg len bole tumpang 2 kaki mencuba yerr

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Waa pasti best ni. Namanya pun dah buat kecur air liur. Ye la terbayangkan pelam harum manis.

    ReplyDelete
  5. salam yatie kita sama2 buat apam la malam tadi..anak kak no 3 buat sendiri dia nak bawa g sekolah hari ni ada bacaan yasin..SPM thn ni.. kak ilah kopi resepi ya..

    ReplyDelete
  6. kak yatieeeeeee...
    eh ni apam harum manis resepi lain sikit ke kak?..pernah try yang kat myresepi..tapi agak sikit padat..kalau ni lembuuttt moist gitu nk try jugak lah kak..mekasih yee..

    ReplyDelete
  7. salam yatie...
    dah terbau harum apam ni sampai umah ita tau!...
    sedapnyer... ita mmg suka apam ni... pulak tu bila tergigit pisang yg manis tu.... dah kecur dah ni....

    ReplyDelete
  8. salam kak atie..
    apam harum manis tu..nampak sedap n gebu..kene cuba nih..ok masuk listt..

    ReplyDelete
  9. lama dah teringin nak buat ni tp sampai sekarang masih daalm list lagi... hu hu hu

    ReplyDelete
  10. assalam kak, sedap tgk apam ni kak...ada pisang lak kat atas tu...rasa nk ngap jer...hehe

    ReplyDelete
  11. salam kak...banyak kali teringin nak buat apam ni..tapi tak kesampaian...nak satu leh..

    ReplyDelete
  12. Mas,
    Kalau ada pisang tu cepat2 buat, mmng sedap tau apam ni..harum pisang tu yg tak tahan..lembut jek kuih apam ni...cubalah..

    Kak Anim,
    Kena seru2 sikit angin R kat akak tu...takpe kak, slow2 jek...sampai masa nanti, dapatlah buat apam harum manis ni..sedap sangat..

    Ejak,
    Memanglah, seronok berkongsi dan bertukar2 resepi ni..bnyk manfaatnya...perut sendiri pun kenyang..

    Kak Sam,
    wkmsalam, mmng sedap kuih apam harum manis ni..lembut jek..cubalah..

    ReplyDelete
  13. Kak IlahJY,
    samalah selera kita...suka makan dan buat apam...mmng sedapkan kak kuih kukus2 ni..lembut jek...jom kita tukar2 apam...aci kan..hehehe..

    Izah,
    Mmng lembut sangat apam harum manis ni...cubalah, mmng berbaloi...sedap betulll...nah cuba rasa seketoi....sedapkan..hehehe..

    Ita,
    wkmsalam, mmng harum jek bau pisang ni...lorrr iyeke terbau sampai umah Ita...kuat betulkan penangan apam harum manis ni...betul2 harum...tq berkongsi resepi yg sedap ni...suka sngt..

    Lyza,
    wkmsalam, mmng sedap apam ni..tak rugi mencubanya..mmng berbaloi, sedap sangat...cubalah..

    ReplyDelete