Friday, December 24, 2010

Hoover Dam, Nevada

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya kongsikan bersama pengalaman semasa saya berada di Empangan Hoover. Masa ni saya dlm perjalanan balik dari California...kami melalui Las Vegas dan seterusnya merentasi Nevada. Laluan inilah terletaknya Empangan Hoover. Kawasan ini banyak batu batan di sekelilingnya. Pada mulanya rasa tak selesa sebab di kelilingi batu batan dan cuaca yg panas terik...sehinggakan muka saya merah kepanasan. Kami merancang utk ke Grand Canyon pada mulanya....tetapi tak sangka pula kami dapat melihat dan melalui Hoover Dam yg amat terkenal di USA.

Jambatan empangan Hoover adalah satu binaan baru paling hebat yg amat mengagumkan di dunia. Pembinaan struktur jambatan itu mencatat ketinggian 271 meter dan sepanjang 579 meter merentasi Sungai Colorado dengan kekuatan penyokong utama sejauh 330 meter. Ia adalah jambatan lengkung pertama yg dibina daripada paduan keluli konkrit di Amerika Syarikat(AS) dgn berlatarkan Empangan Hoover yg menjana kuasa electrik ke negeri Nevada dan Arizona.

Pembinaan projek gergasi yg menelan belanja kira2 AS $240 juta (RM 765 juta) itu dibina bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya 93 di AS yg menghubungkan Las Vegas di Nevada dgn Arizona dan Grand Canyon di timur. Jambatan itu dijangka dapat menampung penggunaan 17000 kenderaan setiap hari selepas laluan asal di atas Empangan Hoover bakal ditutup.

Sementara itu, Jambatan Empangan Hoover yg baru direka bentuk oleh syarikat TY Lin International. Jambatan itu mempunyai empat lorong dan direka dgn berlatarkan Empangan Hoover. Struktur jambatan dibina menggunakan kabel keluli sepanjang 701 meter yg dipasang menggunakan jentera kren dan membabitkan seramai 3000 pekerja.

Lengkungan pada jambatan dibina menggunakan 106 keluli dan konkrit berbentuk melengkung dgn setiap satu sepanjang 7.3 meter. Jambatan itu mengambil nama sempena nama bekas Gabenor Nevada, Mike O'Callaghan dan Pat Tillman, bekas pemain bola Liga Amerika (NFL).






4 comments:

  1. bestnya kak, walau pun dah balik msia, kenangan kat us pasti takk kan dilupa kan kak....bukan semua orang merasa gi sana,
    makcik mas pun baru gi us sambung belajar, doktor gak, pakar darah, dia gi satu family....suami akak doktor bahagian pe yer..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..
    Hebatnya teknologi barat mngaplikasikan jambtan ini..terasa betapa keciknya manusia berbanding kejituan dan keteguhan pasak yg dicipta. Satu keajaiban yag perlu di fikir dan zikir

    Terimakasih atas info ini...satu susur pengalaman yg dikongsi..bertuahnya puan yatie:)

    ReplyDelete
  3. masya'allah...dgn izin Allah swt....kejadian di atas muka bumi ini is so amazing......

    Seronok mengimbau kenangan di bumi orang kan kak...:)

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie....singgah tgk gambar2 akak masa kat US ni....bestla saya suka tgk gambar-gambar ni...tak dapat pergi dpt tgk gambar pun jadilah kan...hihi ...thanks for sharing kak..:)

    ReplyDelete