Bahan
1 biji nenas(potong kecil)
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa- saya guna 2 cwn saja)
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan (bancuh ngan air- saya guna 4 sb)
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Cara membuat
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
- manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
- Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
- periuk.
- Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
- Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.
No comments:
Post a Comment