Tuesday, May 4, 2010

Murtabak Daging

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Alhamdulillah nampaknya talian internet dah pulih semula. Dengan senang hatinya hari ini saya letakkan di sini menu yg saya buat petang tadi iaitu murtabak daging. Bahan kulit murtabak ni sama dngn doh roti canai. Resepi doh ini saya ambil dari rumah Ros yg memang pakar memasak. Izinkan akak C&P resepinya di sini ya Ros...terima kasih banyak2.



Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)
*Untuk Kuah Bawang Merah*
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili maggi
  • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
  • sedikit gula dan garam
  1. Cara buat kuah bawang merah...... hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.
BAHAN2 UTK INTI MURTABAK: (Joayee@myresipi.com)
  • 300g mince meat
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+gula secukup rasa
**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya
  1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
  5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.

18 comments:

  1. mas pun buat murtabak semalam tapi guna roti paratha, tak pandai buat kulit la, mas copy resepi kulit murtabak tau,

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie!!! kita baru balik, perut kita lapooooooo nmpk murtabak tuuuu :-( dah lah belum makan tgh tggu udang yg kejang ni jd lembut ehehe... sedapnyer! rajin akak buat murtabak, masuk listlah lama dah tak buat roti canai :D

    ReplyDelete
  3. tak pernah buat murtabak..kalo nk main beli jer..rajinnyer la yatie..

    ReplyDelete
  4. salam yatie.. cantik laa gaya murtabak nie.. kalah akak dibuatnye....akak suka beri sikit perasa rempah soto sama kari tuuu... tumbuk sikit jintan manis bunga lawang dan k.kayu manis tumis sama2 nanti akan terasa kaw kaw... kalu yatie suka laa...

    ReplyDelete
  5. adui...rajinnyer kak yatie buat murtabak nie..lieya time bulan pose jer rajin beli..bukan rajin buat....hehehe...nak kene try juga la 1 hari nnti...(ntah bila la tue..)

    ReplyDelete
  6. W'salam Puan Yatie,
    mertabak yang sedap :P

    Jemput ke laman blog sayahttp://zaidharis-leechmiracle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie.. hehe jom la join sembang2 dgn kitorang, kat blog chaon kat bawah sekali, yang ade kolam ikan tu.. join ya, kitorang tunggu.. banyak nak tanya nih, hehe

    ReplyDelete
  8. salam yatie...dah ok nampak tenet kan...kejap jer dia mogok hehe...
    rajinnya wat murtabak...akak selalu beli kat pasar tani jer..kat sana mesti tak de jual yek..

    ReplyDelete
  9. Fuzidss=> mmng sedap murtabak ni..

    Mas=> kat sini paratha segera pun takde jual..tu yg kena rajinkan diri buat sendiri..hi3

    ReplyDelete
  10. Ijayuji=> wkmsalam, kalau mcm tu mailah makan murtabak kat sini je..

    Dalila=> kalau kat Msia, bolehlah beli je...kat US manalah nak cari...kena buat sendirilah jawabnya..

    ReplyDelete
  11. Kak Ilah=> wkmsalam, murtabak mcm biasa je..inti murtabak tu, ikut selera masing2 lah ya..

    Mamamya=> nak mkn kena rajinkan diri, lagi pun akak kat US, manalah ada orng jual makanan mcm ni..

    ReplyDelete
  12. Zaidharis=> mmng sedap murtabak ni zaid, thanks sudi singgah dan follow..nnti akak singgah ya..

    Padin=> wkmsalam, akak seganlah nak sembang2 dngn orng2 muda...nnti kalau senang2 akak singgah ya...

    ReplyDelete
  13. Kaksu=> wkmsalam, alhamdulillah dah ok semuanya...barulah best nak berblogging ni...kat sini mmng takde jual murtabak, tu yg kena buat sendiri...

    ReplyDelete
  14. k.yatie..saya minta izin copy resepi masuk dlam blog saya eh..bulan2 pose nie nak bikin murtabak plak..hehehehe...

    ReplyDelete
  15. Kak Ham kata memang sedap lah murtabak yati ni. lebih2 lagi kak ni memang selera johor. Yatie. sekali pandang awak ni macam Tengku Puan Pahang. Kita orang Johor kan

    ReplyDelete
  16. Nak Tanya boleh...roti tu kalau kt simpan 2,3 hari boleh ke kalau yg kt perap tu

    ReplyDelete
  17. Terima kaseh Puan! Isteri saya nak Cuba ni... Semoga Allah kurniakan pahala buat anda, kerna ikhlas berkongsi ilmu dunia! Ameen!!!

    ReplyDelete