Thursday, May 27, 2010

Ayam Berempah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua baik2 saja. Hari ni saya masak lauk ayam lagi. Biasanya lauk pedas2 mcm ni memang kegemaran suami saya. Jadi mudahlah kerja,lauk ayam dah pedas...jadi cuma masak sayur tumis2 je. Resepi kali ni saya cuba dari Nuridah, terima kasih Nur kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Rasanya Mamasyipah dan Ika pun dah mencubanya....kawan2 bila lagi.....mmng sedap tau.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong lapan atau mengikut cita rasa sendiri.
  • sedikit kunyit untuk mengoreng ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 200 ml santan
  • 3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
  • 4 ulas bawang putih di kisar
  • 6 cm halia di kisar
  • 4 batang serai di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar rempah kari
  • garam secukup nya
  • sedikit gula
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-Cara
  1. Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
  3. Masukkan santan, garam, gula, asam keping dan juga ayam.
  4. Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka.

9 comments:

  1. salam kak yatie, ayam berempah ni sure sedap tak de yg tak sedap nak2 kaler maler merah gitewwww mmg kita suke.. ni lwnkan dgn nasi apa ni kak yatie? sure ada nasi2 yg kalerpulll niii hihihi...

    ReplyDelete
  2. wah kak, terliur mas tangok, insyaAllah nak cuba buat juga la, he..he..

    ReplyDelete
  3. salam kak,
    kikiki, kalu resipi sedap tu, bukan resipi saya kak. Resipi kak nuridah.

    ReplyDelete
  4. salam yatie. ayam berempah mmg sedap sbb rempah2nya. tp x ada stok ayam la. stok udang jer yang tinggal....

    ReplyDelete
  5. sedapnya ayam berempah tu. lama tak mkn ayam msk cam ni. balik2 ayam goreng n sup! anak2 nyer resipi!

    ReplyDelete
  6. nampak je dah sedap .. kalo makan pepanas ni .. fuuhh ...

    terbayang tauhu goreng dalam sambal tu .. mesti sedap gak kan ... yummy ...

    ReplyDelete
  7. Ika=> wkmsalam, mmng sedap ayam berempah ni....akak makan dngn nasi putih je arini...

    Mas=> terliur ke...cubalah Mas, mmng sedap tau..

    ReplyDelete
  8. Indahhouse=> wkmsalam, nama dekat2 sama....tapi Indah masak pun sedap juga...

    Kak Ita=> wkmsalam, takpe kak...bila ada ayam nanti bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap.

    ReplyDelete
  9. Ain=> anak2 yatie pun suka lauk sup ayam...sesekali masak ayam berempah mmng sedap....lepas tu masaklah sayur yg tak pedas pulak...

    Jijahh=> memang sedap ayam pedas2 ni...kalau jijahh dapat mkn betul2 lagi best...hi3..

    ReplyDelete