Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya hari ini saya amat gembira sekali mendapat award dari rakan2 di alam maya. Walaupun jauh di mata namun dekat di hati. Award yg cantik ni datangnya dari Lela-Lelord. Terima kasih ya Lela atas ingatan dan persahabatan ini...katanya award ini utk orang yg pandai dan rajin memasak. Suka dan kelakar pulak mendengarnya, akak ni setakat masak untuk keluarga bolehlah. Apron ni cantik, rasanya akak dah tak sabar nak memakainya. Nampaknya lepas ni bertambah2 rajin akak di dapur.
Alamak dah gantung award kena jawab soalan pulak...tapi tak apa....soalannya pun mudah je..
1=>3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
* Asam Pedas Ikan/Ayam/Daging
* Kari Ikan/Ayam/Daging
* Ikan Masak Singgang
2=>3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
* Puding Laici Dangdut
* Puding Pelangi
* Apple Bread Pudding
3=>3 jenis biskut kegemaran time raya
* Kuih Makmur
* Cornflake Madu
* Tart Nenas
4=>Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
* Love2Cook
* Inahar Ali
* Kak Jun (Yummylicious)
Ok dah siap...harap nama yg tertera di atas sudilah mengambilnya. Sebenarnya ramai kawan2 yg lain rajin dan pandai memasak...harap dapatlah kiranya award ini di panjang2kan.
No comments:
Post a Comment