Salam dan selamat bertemu kembali. Hari ni saya masak sayur bak choy lemak udang dan ikan goreng berlada. Hari tu pergi kedai vietnam adalah jual barang2 dan sayur2 macam di Malaysia.
Terubat sikit rindu makanan di Malaysia. Ok mari kita lihat resepi yang simple ni.
Bahan-Bahan
Sayur bak choy secukupnya
1 btng carrot
1 mangkuk udang basah
4 biji bawang merah- di tumbuk
2 biji bwng putih- di tumbuk
1 sudu besar udang kering- di tumbuk
2 btng lada merah/hijau- di hiris
2 cwn santan
Garam secukup rasa
Cara-Cara.
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg di tumbuk. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan lada yg di hiris dan masukkan carrot yg di potong kecil/panjang.
3. Masukkan udang, sayur bak choy dan santan. Masukkan garam dan perasakan. Sekiranya rasa dah ok, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment