Friday, January 15, 2010

Talam Berlauk Lobak Merah.

Hari ini saya masak macam biasa je.Kebetulan ada daging hancur jadi saya masak inti macam biasa supaya senang buat inti apa2 masakan bila di perlukan. Salah satunya saya buat talam berlauk kukus utk hari ni. Ok, tak perlu cakap banyak...kita tengok resepinya....




Bahan-bahan.

1 1/2 cwn tepung gandum
4 sb tepung jagung
4 1/2 cwn santan
1 sk garam
2 biji telur

2 btng carrot(kalau besar guna 1 btng je)parut kasar/hiris

Bahan inti.
1 cwn daging hancur
1 biji bawang besar
1 ulas bwng putih
2 sb kari
garam dan gula sebagai perasa
minyak utk menumis

2 biji cili merah,daun sup dan daun bwng sebagai hiasan(racik halus)

Cara penyediaan bhn inti.
1. Panaskan minyak dan tumis bwng besar dan bwng putih.
2. Masukkan daging hancur dan gaul sebati. Masukkan pula rempah kari.(tak perlu letak air)
3. Masukkan gula dan garam dan gaul sebati dan biarkan kering sedikit.
4. Dah siap boleh di angkat dan sejukkan.

Cara penyediaan adunan tepung.
1. Dalam satu mangkuk, satukan tpng gandum, tpng jagung,santan garam dan telur.Gaul sebati dan tapiskan.
2. Masak sebentar( berwap je) dan sentiasa di kacau. Matikan api dan biarkan sebentar.....masukkan carrot yg di parut tadi dan gaul sebati.
3. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
4. Sementara itu alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
5. Tuang adunan tepung tadi dan kukus selama 10 minit.
6. Setelah itu, taburkan bahan inti tadi dan kukus lagi selama 30 minit.
7. Angkat kuih tadi dan taburkan daun sup,daun bwng dan cili merah.
8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan di hidangkan.

Selamat Menjamu Selera.....

No comments:

Post a Comment