Tuesday, January 19, 2010

Puding Marble Salju.

Puding ini senang je utk membuatnya. Cuma masak dan bahagi 2,lepas tu ikut selera nak letak koko atau perisa kegemaran. Kalau saya mesti tak tinggal perisa pandan dan pewarna hijau sebab anak2 minat sangat dngn warna hijau. Ok kita lihat resepi yg mudah ini...



Bahan-bahan.
  • 2 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2200 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
  • 1 sk garam
  • perisa pandan/pewarna hijau

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk, kecuali pewarna dan perisa pandan.
  2. Masak adunan dlm periuk sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Masak dngn menggunakan api sederhana.Kacau sebati.
  3. Setelah siap matikan api dan bahagikan pada 2 bahagian.1 bahagian letak pewarna dan perisa pandan.(kacau cepat2)
  4. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
  5. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  6. Cara2 ke 4 hendaklah dilakukan dgn cepat kerana adunan cepat beku/keras.

3 comments:

  1. salam yatie...nak sepotong dua puding salju ni! nampak amat mengancam dgn warna hijau sesejuk mata memandang dan sedingin salju. mmg kena dgn namanya...

    ReplyDelete
  2. waa...kak ita ni memang pandai berbahasa bunga2....romantik gitu...ambillah puding tu..memang kak ita punya....

    ReplyDelete
  3. salam akk...saya try buat dh puding nie...tpi awat sya punya puding x cantik...dia punya surface x smooth langgung...cm ketul2 je...adoiiii sedihhh laaa =(

    ReplyDelete