Thursday, January 21, 2010

Puding Karamel Lapis Coklat.

Hari ni rasa teringin nak makan puding. Jadi saya cubalah resepi dari kak Ita ini. Nampaknya menjadi tapi taklah secantik seperti akak punya. Terima kasih ya akak resepi yg sedap ni. Mari kita lihat bahan-bahan yg di perlukan..




Bahan A :
1 tin susu cair ( guna Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur gred
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

Bahan C :
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)
Cara-cara :
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang (6" x 3" tinggi).
  3. Masukkan ½ cawan (saya letak ¾ cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  4. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
  5. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
  6. Potong dan hidang.
  7. Sedap di makan bila di sejukkan dlm peti ais.
Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment