Monday, February 1, 2010

Kuih Lompang

Salam semuanya, dah berapa hari teringin benar nak makan kuih lompang. Kuih ini mengingatkan saya pada zaman kanak2 dulu. Bukannya apa...masa tu saya kecik lagi, biasalah budak2 suka sangat kuih yang berwarna-warni. Masa tu mak saya buat kuih lompang, alamak menariknya kaler2 lagi. Sekarang tiba giliran saya pula mewarna warnikan kuih untuk anak2. Kuih ni mudah je untuk membuatnya dan bahan2 pun mudah di dapati. Resepi ini saya copy dari hazel di my resepi...dan alhamdulillah menjadi. Terima kasih ya hazel...




Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan Tepung Beras
  • 1/2 cawan Tepung Sagu/tpng ubi
  • 1 cawan Gula
  • 1 sk esen rose
  • 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung dan 2 cawan masak dgn gula)
  • Daun Pandan

Cara-cara

  1. Satukan tepung beras & tepung sagu dalam mangkuk.
  2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air dan ketepikan dahulu.
  3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.(sejukkan sebentar/suam)
  4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
  5. Masukkan sedikit esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
  7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
  8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.

3 comments:

  1. salam
    ya betul tu,mcm akka jugak,bila tgk kuih ni
    tingat zaman kanak2 dulu
    kalau mak pergi pasar mionggu
    kuih ni yg dipesan..
    masa tu tak byk pilihan mcm sekarang...
    lama tak makan la...telan air liur ja tgk hehe

    ReplyDelete
  2. klakar je...mengimbau kenangan lalu...masa tu dah sedap sangatlah....kih3..

    ReplyDelete
  3. Semoga dengan perkongsian resepi begini, kuih-kuih tradisi kita tidak akan lapok ditelan dek zaman.

    ReplyDelete