Bahan inti dimasukkan dalam pastri
Tutup pastri yang sudah letak inti dan sapu kuning telur diatas permukaan
Taraaaaa....Selepas dikeluarkan dari oven
Dah dipotong dan boleh dimakan
BAHAN PASTRI :-)
2 1/2 cwn tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
100 gm mentega (beku...tak perlu di cairkan)
1/2 camca teh esen vanilla
70 ml air dlm peti ais (bergantung pd adunan...sekadar dah jadi doh)
sedikit garam
BAHAN INTI :-)
3 biji epal hijau(epal merah pun boleh)
4 sudu besar gula perang (brown sugar)
2 sudu besar mentega
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (optional)
2 sudu besar tepung jagung
1 kuning telur, untuk disapu atas pie
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega yg di potong kecil2 dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit2 dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak perlu bimbang jika air tak habis digunakan.
- UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal yg di potong dadu, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.
- UNTUK PIE EPAL :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 7 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan atau loyang yg di gris dngn butter. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment