Monday, November 15, 2010

Puding Susu Pandan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Puding susu ni pernah nampak di rumah Yat Maria, K.Nor, Mas dan Ika. Ramai juga kawan2 yg sudah mencuba puding ni dan saya pula tidak ketinggalan utk mencuba dan merasa puding yg sedap ini. Resepi asal adalah dari GERT dan saya C&P dari MAS...terima kasih kepada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ini. Rasa puding yg lemak manis dan lembut ni membuatkan tekak ni nyaman sekali...lebih2 lagi bila di makan sejuk. Puding susu ini juga boleh di tukar pewarna dan perisa mengikut citarasa masing2.



Bahan :
  • 600 ml air( saya tambah 100ml air)
  • 120 gram gula pasir
  • 8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
  • 3 helai daun pandan
  • 300 ml susu segar
  • 200 ml santan
  • beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau
Cara membuatnya :
  1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
  3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.
  4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
  5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .
  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....
**Sementara menunggu adunan pandan/hijau beku di dlm acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan hijau beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan hijau.

9 comments:

  1. kak yatie..saya je blum try puding ni..sedap yee... ehhehee.. nak skiiittttt.nak rasa je barang 2,3 suap

    ReplyDelete
  2. kahkahkahkah.. izah duk tepi padang wakakakaka... kak yatieeeeeee nak ambik 2 ketul buat buka nanti! macehhhhhh!!!! :D

    ReplyDelete
  3. naz dah jadi peminat puding sekrang..nanti nak cuba yg ni plak..

    ReplyDelete
  4. kak yatie....terasa kat tekak kesedapan puding ni...
    nak gak sikittt..akak mesti wat byk kan...he..he,,

    ReplyDelete
  5. bukan izah aje yg blum cuba buat puding nih. dh tentu ina jgk tmsk dlm list yg x buat lg. hehehe...

    ReplyDelete
  6. Saya dah cuba alhamdulillah sedap! Part putih saya tambah brown sugar sedikit dan secubit garam. Terima kasih berkongsi resepi! Sedap..

    ReplyDelete