Sunday, November 23, 2014

Delicious Apple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti pd anak2 semua juga pd guru2 yg terlibat. Moga cuti persekolahan ini dpt di manfaatkan bersama dngn sebaiknya. Kek epal ni saya buat masa jamuan akhir tahun sekolah agama Hamka. Jamuan tu kena pada hari yg sama, jadi saya buat Apple Strudel Muffins utk sekolah Kebangsaan dan Delicious Apple Cake ni utk jamuan akhir tahun Sekolah Agama. Hamka mmng suka makan epal, jadi dia yg cadangkan supaya mama buat epal kek utk kwn2nya. Kebetulan bahan2 semua ada, jadi mudahlah kerja mama di dapur. Alhamdulillah kek ni mmng sedap, nak buatnya pun mudah. Pada kwn2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba. Lebih2 lagi dah cuti sekolah ni, bnyk permintaan anak2 yg kita kena tunaikan. Kalau nak makan kek tu, boleh cuba resepi kek epal yg sangat sedap dan moist ni. Resepi juga boleh lihat diSINI.Terima kasih pd penyumbang resepi asal.




Bahan-Bahan- (loyang 8 inci)
  • 500gm Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buang empulur tengah, cincang 1cm kiub
  • 150gm Gula Perang 
  • 3 biji Telur (Gred A)
  • 1 cwn Minyak jagung/minyak masak
  • 1 sudu teh Parutan Kulit lemon -tak letak pun takpe
  • 200gm Tepung Naik Sendiri
  • 1/3 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Cara-Cara
  1. Letakkan gula, telur dan minyak ke dlm mangkuk, pukul sehingga pekat.  
  2. Campurkan parutan kulit limau.  
  3. Ayakkan tepung dan serbuk kayumanis ke dlm adunan dan kacau rata.  
  4. Gaulkan epal sehingga rata .
  5. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan dan bakar 170C selama 45-50minit atau sehingga masak.
  6. Biarkan kek betul2 sejuk, barulah di potong.
** Kalau guna tepung gandum, tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayakkan bersama. Saya guna epal Gala sbb rasanya yg masam manis.

7 comments:

  1. salam singah...sedapnye kek epal tu lawan dgn teh o panas mesti layannnn....

    ReplyDelete
  2. teringat kat bekas rakan sekerja yang memang minat apple cake ni

    ReplyDelete
  3. salam singgah
    dah follow (4410)
    lama betul tak buat cake, tgk sedap betul cake epal tu
    jemput singgah:
    http://iceboxrivet.blogspot.com/2014/04/buat-caramel-sendiri-dirumah-dari.html

    ReplyDelete
  4. salam.

    Kreatif betullah akak ni...

    ReplyDelete
  5. kalau kukus, menjadi tak ye? nampak sedap je kek epal ni! nyumss!!

    ReplyDelete
  6. Nampak moist dan mengiurkan kak!
    Kak, thanx for sharing recipes.. semua yang saya pernah try berjaya dengan jayanya!

    ReplyDelete
  7. Tk yati semua resepi yg akak cuba semuanya menjadi..barakallah

    ReplyDelete