Monday, April 30, 2012

Kaswi Pandan Seri Wangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan kuih kaswi yg sangat sedap, dahlah sedap...mudah pulak tu menyediakannya. Sebenarnya saya nak buat kaswi nyonya yg guna santan tu,tapi asyik warna coklat je...Hamka si peminat warna hijau dah bertanya, bila mama nak buat kuih hijau pulak?Kesianlah pulak si peminat hijau ni. Saya pun buatlah kaswi pandan mcm sebelum ni, dan tambahkan santan dlm adunan tu. Rasanya seakan2 talam pandan...mmng sedap. Lagipun bila buat guna acuan kecik2 ni kuih cepat sejuk dan senang nak makannya. Sayalah orng pertama yg merasa kuih ni, haiiiii mmng takleh cakap banyaklah...hanya boleh cakap SEDAP..SEDAP..dan SANGAT SEDAPPPP...tak caya..cubalah. Jom semak resepinya...



Kuih Kaswi yg baru di angkat dari pengukus, lihat cantik je permukaannya takde air bertakung pun...Hamka dok jeling2 je tak sabar nak merasa..he3....Kali ni mama yg rasa dulu.....yeayyyyy....jngn mareee Hamka....mama terliur sangat...


Bahan-Bahan ( loyang 8 inci, Yatie guna bekas kecil2)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1 cwn gula pasir halus
  • 2 1/3 cwn santan (Yatie guna santan kotak 200ml dan selebihnya tambah air biasa)
  • 1 cwn air pandan (air di kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • 1 sudu besar air kapur sireh
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau.
**1/2 biji kelapa parut putihnya sahaja dan sedikit garam halus, gaulkan rata dan boleh di makan bersama kaswi pandan seri wangi.

Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan sementara membancuh adunan kaswi.
  2. Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Ketepikan dulu.
  3. Kalau guna acuan kecil sapu bekas acuan dngn sedikit minyak juga. Ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, satukan tepung ubi dan tepung gandum dlm mangkuk besar.
  5. Masukkan gula, garam, air pandan dan santan. Gaul sebati.
  6. Masukkan air kapur dan pewarna hijau. Saya blend je semuanya.
  7. Tuang dlm loyang yg di panaskan sebentar dan kukus selama 25-30 minit.
  8. Kalau guna acuan kecil, masa mengukus pendek sedikit, antara 15-20 minit.
  9. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
**Saya guna acuan kecil, cepat masak dan cepat sejuk...cepat juga utk di makan...gaulkan bersama kelapa parut yg di campur dngn sedikit garam....mmng sedap...

Sunday, April 29, 2012

Burger Malaysia Tanpa Daging /Pau Goreng Sambal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni layan Burger Malaysia. Saya jarang panggil kuih ni burger malaysia/burger kampung. Biasanya saya sebut pau goreng sambal je. Tak kisahlah sebut tak sama tapi kuihnya tetap sama iaitu rasa donat, makan dngn sambal tumis dan hirisan timun. Bila cerita pasal burger Malaysia ni, teringat masa anak sulung saya M.Talhah darjah 1. Bila balik je dari sekolah mesti cerita apa yg dia beli masa waktu rehat. Talhah ceritalah pada mamaNya dia beli burger kat kantin sekolah. Dia kata burger tu sedap sangat tapi takde daging, cuma ada timun dan sos je. Saya pun pelik gak, nape takde daging pulak burger tu. Nasib baik harga burger kat sekolah tu cuma 30sen, tak kisahlah takde daging. Dalam hati saya dok tertanya2 kedekut sangatlah orng kantin tu jual burger tanpa daging. Saya pun tak kisahlah sebab hampir setiap hari Talhah beli juga burger kegemarannya tu.

Satu hari tu saya buatlah pau goreng sambal ni. Alangkah gembiranya Talhah masa tu. Dia cakap, macam nilah rupa burger yg dia beli kat sekolah selama ni. Sama dngn mama punya yg tak letak daging, cuma sos dan timun je. Dalam hati menahan gelak dan tak tahan menahan ketawa. Rupanya pau goreng sambal inilah yg dikatanya burger. Rupanya sambal tumis tu disangkanya sos, padanlah takde daging burgernya. Rupanya selama ini kawan2nya menyebut burger, sebab tulah dia sebut burger juga. Adoyaiii masa ni nak salahkan sape, masa kecik2 pun saya dah gelar kuih ni pau goreng. Biasanya mak buat pau yg dikukus, separuh lagi mak goreng sebab anak2 tak sabar nak makan. Adunan yg sama juga mak buat pau goreng sambal ni lahhh...Ok lah kita tinggalkan dulu cerita pau goreng/ burger malaysia ni. Saya mmng seronok bercerita pasal anak2 ni. Tak kisahlah orng nak cakap apa, yg penting saya tak cerita pasal orang dan tak menyakiti hati mana2 pihak.

Sebenarnya boleh guna resepi donut yg biasa kita buat utk pau goreng sambal ni. Kali ni saya guna resepi dari Kak Liza sebab nak rasa kelainannya masa menggoreng. Kak Liza campurkan sedikit butter ke dlm minyak utk menggoreng donut/pau sambal tu. Memang ada kelainannya. Kalau nak tahu tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih K.Liza berkongsi resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan A
  • 600 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 100 gm gula halus
  • 30 gm susu tepung
  • 1 s/k garam
  • 11 gm [ 1 paket] yis mauripan
Bahan B
  • 1 biji telur [pukul sikit]
  • 330 ml air suam
  • 60 gm majerin /butter
  • 1 s/k bread softener
Bahan C [untuk goreng donut]
  • 500 ml minyak
  • 1 s/b majerin
Cara-Caranya
  1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
  2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit. Yatie uli guna tangan, jadi Yatie tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg di kehendaki.
  3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
  4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
  5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
  6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
  7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
  8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan. Boleh juga di buat pau sambal.
**Saya buat pau goreng. Bila doh dah naik sedikit, saya bulatkan2 dan leperkan sedikit, susun dlm dulang. Bila doh dah naik barulah goreng guna api perlahan/sederhana je. Masa nak goreng pun leperkan doh sedikit. Bila dah kekuningan, angkat dan toskan. Bila dah sejuk, barulah belahkan tengahnya tapi jngn sampai putus. Sapukan sambal tumis dan letakkan hirisan timus. Siap dan bolehlah di hidangkan.

Bahan2 Inti Pau Sambal
  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya

Friday, April 27, 2012

Gulai Ayam Tomato Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Macam biasalah hari ni kena masak cepat. Saya pun takmo pening2 kepala nak fikir masak apa, jadi masaklah menu yg ringkas dan di gemari seisi keluarga. Resepi ni mudah je, tapi saya lebih suka letak tomato hijau bila masak gulai/lemak ayam. Saya dari dulu mmng suka sangat makan tomato hijau dlm masakan. Kalau beli tomato tu, mesti 3 jenis. Satu jenis yg merah biasa, satu jenis yg hijau dan satu lagi tomato ceri. Kalau buka esbok tu, pandailah memasing cari tomato kegemaran. Macam biasalah kalau tomato ceri tu Hamka ngadap sendiri je. Kejap2 buka esbok..cari tomato kegemaran dialah. Kadang2 tu dah abes, dia katanya kita sorokkan....adoyaiiiii...zalim sangat ke mama nak sorokkan makanan tuuuuuuuuu...dah minat sangat agaknya..tu yg ckp apa yg terlintas.....

Oklah tamo citer panjang coz mlm tadi dah mengarang kisah semut dan kerengga. Lagipun dah lama tak mengarang, tu yg asah bakat mengarang lagi. Kali ni kisah anak sendiri, mmng sepontan jelah taip apa yg di ceritakan...btw mmng klakarlah Hamka ni...
Jomlah semak resepi yg mudah ni.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam (dipotong 16,cuci dan toskan)
  • 3 biji kentang- kupas kulitnya dan potong 4 setiap satu
  • 3 biji tomato hijau- di belah 4 setiap satu
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air atau secukupnya
  • 4 helai daun limau purut
  • garam dan sedikit gula
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan-Bahan Kisar :
  • 3 tangkai cili merah
  • 15 biji cili api merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bwng merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk.
  2. Tumiskan serai yg di ketuk dan masukkan bahan2 kisar.
  3. Tumiskan sehingga terbit minyak dan naik bau.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan air dan gaul rata, biarkan sehingga mendidih.
  5. Setelah kentang separuh masak, masukkan santan pekat, garam, gula,asam gelugur dan tomato hijau.
  6. Biarkan mendidih sambil di kacau rata.
  7. Masukkan daun limau purut.Setelah sebati, perasakan masam manisnya. Bila dah siap tutup api dan bolehlah di hidangkan.

**Boleh tambah air lagi kalau nak gulai yg berkuah, terpulang pada selera masing2 ya.

Thursday, April 26, 2012

Kisah Semut dan Kerengga yg Bertuah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hai jangan pelik pulak ya tajuk kat atas tu. Ini bukan kisah dongeng ya, ni kisah betul2....bukan cobaannnn. Saja je nak citer sikit kisah semut dan kerengga. Sape tak pernah tngk semut dan kerengga..jawab sendirilah ya. Pelik pulak kalau tak pernah jumpa kan. Saya tak tau sebenarnya nak cerita dari mana. Bila sebut semut dan kerengga je buat saya tergelak tak abes2. Macam nilah di pendekkan ceritanya. Hari ni bila Hamka pulang je dari sekolah dia ceritalah apa yg dia belajar. Macam biasalah cerita subjek itu dan ini. Kali ni seronok sikit bab Dunia Sains katanya.

Cikgu sains tu tanya kat murid2 sorang demi sorang. Siapa ada pelihara binatang kat rumah dan binatang apa yg ada kat rumah. Semua murid jawablah binatang peliharaan masing2. Bila giliran Hamka je....jeng..jeng...jengggg...nak tau dia sebut apa???? Hamka cakap kat rumah ada semut dan kerengga je cikgu. Adoyaiiiii sape yg tak tergelak, banyak2 binatang itu yg disebutnya...ada ke patut. Sejujurnya Hamka mmng jawab dngn betul, mmng semut dan kerengga je yg selalu ada kat rumah. Lainlah rumah atoknya, ada ayam, kucing dan burung peliharaan. Memang tak salah kan jawapan Hamka tu.

Moral of the story, kita mestilah jujur dan becakap benar. Beginilah bersihnya hati anak2 yg tak pandai menipu. Mereka cerita berdasarkan apa yg dilihat dan bukan rekaan semata2. Begitu juga dngn Hamka, mula2 tu saya gelaklah sbb kisah semut dan kerengga tu. Bila kenangkan Hamka bercakap benar dngn sejujur hatinya membuatkan hati ini sungguh terharu. Moga anakku membesar menjadi anak yg soleh yg berjaya di dunia dan di akhirat. Aminn...

Hamka siap cerita lagi, cikgu tanya..Hamka beri semut dan kerengga tu makan apa. Saje je cikgu nak dengar cerita Hamka taw...dlm hati agaknya nak tergelak abessss...Hamka pun jawab, biasanya mama beri makan biskut dan roti cikgu. Haiiii...bila masa pulaklah mama beri makan semut ni Hamka. Agaknya dia pernah nampak semut tu bawa sisa makanan, tu yg difikir mamaNya yg beri makanan. Hamka kata lagi pada cikgunya, kadang2 semut ambil sendiri makanan. Adoyaiii sekali lagi wat saya tergelak. Agaknya Hamka berfikir semut yg datang tu kdng2 bawa makanan kat atas meja..tu yg di fikirnya semut ambil makanan sendiri....cuba bayangkan sendirilah ya.

Masa Hamka cerita, saya cakaplah.... mama sakit perut bila dengar cerita Hamka ni. Sempat lagi dia cakap, sini Hamka urutkan perut mama...sian mama sakit perut..adoyaiii tak faham2 lagi dia....dia ingat mamaNya sakit perut betul2. Padahal mamaNya menahan gelak sampai sakit perut...he3..Hamka..Hamka..Dia pun pelik, napelah mama asyik tergelak je dari tadi...ni gara2 kisah semut dan kerengga tulahhhh. Memang bertuah semut dan kerengga yg dipelihara Hamka ni...

Oklah kena stop dulu cerita ni, saje je isi masa yg terluang...kisah ni jadikan kenangan buat Hamka....kawan2 janganlah gelak tawww...senyum je bolehhhh....daaaaa...

Wednesday, April 25, 2012

Talam Beras Gula Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama rasanya tak menalam....terasa lain macam je. Maklumlah tuan rumah mmng peminat setia kuih2 mcm ni, tu yg jadi menu wajib setiap minggu tu. Kalau kuih baru masak, mengalahkan budah kecik je...maunya di kuis2 kat tepi loyang tu sebab tak sabar nak rasa. Bila dah dapat rasa tu...uwaaaaa lega tak terkira rasanya...haiii macam gitewwww sekali penangan kuih kukus2 mcm ni. Itu bagi sayalah...pada yg tak suka kuih2 mcm ni,no komenlah...semuanya terpulang pada selera masing2 ya.Itu hak kita, selera kita..janji tak kacau orang...tul tak..

Ok, kali ni saya cuba resepi talam dari Kak Wan pula. Semua sedia maklum, Kak Wan ni mmng pakar dlm membuat kek, kuih muih dan gubahan makanan. Kalau singgah blog K.Wan ni, mmng teruja dan tak sabar nak cuba resepi2 darinya yg semestinya memikat selera. Terima kasih Kak Wan kerana berkongsi resepi Talam Beras Gula Merah yg sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.




Lapisan Bawah (loyang 8")
Bahan A
  • 120 gm tepung beras
  • 40 gm tepung hoen kwee
  • 500 ml air
  • 1 sudu teh air kapur
Bahan B
  • 200 gm gula merah
  • 60 gm gula pasir
  • 125 ml air
  • (jadikan 300 ml sira gula)

Cara-cara
Lapisan Bawah:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Masak bahan B hingga gula laruut, tapis dan ketepikan.
  3. Sebatikan bahan A hingga rata, masukkan bahan B, sebatikan dan tapis ke dalam periuk.
  4. Masak di atas api sederhana hingga berwapdan nampak pekat.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang yg telah dileser dgn sedikit minyak.
  6. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 30 minit.

**Sementara tunggu lapisan bawah masak, bolehlah sediakan bahan2 utk lapisan atas spt di bawah.

Lapisan atas
  • 300 ml santan pekat KARA
  • 200 ml air
  • 60 gm tepung beras
  • 20 gm tepung ubi
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
Lapisan atas:
  1. Sebatikan semua bahan lapisan atas, tapis.
  2. Tuang keatas lapisan bawah, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 20 minit.

**Cara yg Yatie buat,**

Sebelum menuang adunan lapisan atas ke permukaan lapisan bawah, pastikan jangan ada air yg bertakung di permukaannya. Sekiranya ada, angkat loyang dan sendengkan loyang. Buangkan air tu guna sudu/tisu dapur. Letakkan semula di dlm pengukus dan cakar2kan sedikit permukaannya. Tuang adunan atas dan kukus guna api sederhana selama 20-25 minit.Setelah masak angkat dan sejukkan. Biarkan betul2 sejuk, barulah di potong guna pisau plastik.

Tuesday, April 24, 2012

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan Puding Laici Dangdut yg sangat sedap. Lebih sedap lagi bila di makan sejuk..fuhhhh terasa nyaman je lalu kat tekak. Saya kerap buat puding ni sbb satu family suka sangat, kalau buat tu kena beli laici lebihlah. Hamka paling suka makan laici, biasanya satu tin tu dia sorang je yg makan. Kalau dah habis barulah dia makan pudingnya...ngelat betullah Hamka ni.

Bila makan puding ni mesti teringatkan mak dan ayah di kampung. Mereka berdua mmng suka sangat puding ni. Kalau balik kmpng mesti suruh saya buatkan. Tapi skrng tidak lagi sbb mak dah buat sendiri. Menurut mak, ayah saya suka sangat, kalau mak buat tu mmng tak putus2...bila dah tinggal sikit je kat petiais, mesti mak dah buat lagi sbb takmo kecewakan permintaan ayah saya. Sedihlah kalau suami nak makan puding dan rasa confident je ada kat petiais, tapi dah abes....susah dan berat hati nak mengatakan tidak ada/dah habis...kan...So jalan selamat, mak buatlah sampai jemu..tapi setakat ni mmng tak pernah jemu sbb mmng sedapkan.

Terima kasih pada Kak Liza pemilik resepi asal puding laici dangdut ni. Sebelum ni pernah juga buat diSINI. Ramai kawan2 yg telah mencubanya, pada yg belum cuba tu...mmng wajib cuba sbb mmng sedap sangat, lagipun mudah je membuatnya. Jom semak resepinya lagi.




Bahan-bahan

  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula (Yatie letak 1 1/2 cawan je)
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Monday, April 23, 2012

Kek Lumut Sarawak

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Kek lumut ni saya buat masa hari minggu lepas. Sebelum ni pernah buat di SINI, dan kali ni cuba resepi dar Nur68. Teruja melihat kek yg AlongRoz dan HaSue buat. Kali ni guna resepi yg lain sikit, ianya tak menggunakan tepung....cuma gantikan pada tepung suji dan nestum. Menurut Along dan Hasue, kek ni berminyak sikit, jadi saya kurangkan sedikit butter dan tambahkan sedikit nestum kisar dan horlicks. Alhamdulillah menjadi dan moist je. Bila dah masak tu, tak sabar nak merasa...hai mmng sedap betullah. Kek ni padat tetapi lembut..ini bukan bermakna bantat ya...mmng mcm ni keknya. Kalau nak tahan lama, masukkan dlm bekas kedap udara dan simpan dlm petiais. Pada peminat kek kukus tu, bolehlah mencubanya..



BAHAN2:
  • 5 biji Telur
  • 1 cwn Gula Halus
  • 8oz Mentega-Yatie guna 200gm je
  • ½ cwn Tepung Suji
  • 1 cwn Nestum- dikisar halus,Yatie tambah dlm 2 sudu besar lagi
  • 3 sudu besar horlicks-Yatie tambah
  • ½ cwn Susu Ideal
  • ½ cwn air teh (2 sudu kecil serbuk teh + air)
  • Pewarna Hijau (Along guna Pes Pandan)
CARA2:
  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul.
  3. Pukul mentega sehingga kembang & campurkan ke dlm adunan telur.
  4. Masukkan tepung suji & nestum &horlicks dan gaul sebati.
  5. Masukkan susu, teh & pewarna hijau.
  6. Kukus selama 2 jam sehingga masak. Yatie tutup loyang dngn aluminium foil semasa mengukus kek. Gunakan api sederhana je.

Saturday, April 21, 2012

Muffin Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat muffin coklat utk bekalan perjalanan esok. Esok ada urusan kat KL, so bolehlah anak2 makan muffin ni masa kat kereta. Hari ni pun takde idea nak citer apa sbb penat mengemas. Layan jelah muffin coklat yg sangat sedap ni. Kalau ada kelapangan tu, bolehlah para ibu buat muffin coklat ni bersama anak2 di hari minggu. Dahlah senang, sedap pulak tu. Manalah tau hari minggu ni ada tetamu jauh ke nak dtng rumah, jadi muffin ni jadilah penyelamat. Resepi ni saya ambil dari blog Izah yg memang pakar membuat pelbagai muffin tu. Ramai yg dah mencubanya....anda bila lagi?????
Pada yg nak mencuba tu, jom semak resepi yg mudah ni, kacau2 je takyah guna mixer segala...mudahkan...




Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe- Yatie letak 1 sudu teh je
  • sedikit garam
B
  • 2 cawan gula kastor (Yatie letak 1 3/4 cwn je)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.

**Yatie buat 3 cara, ada yg isi dlm 1/2 cup muffin,ada yg 2/3 cup muffin dan ada yg 3/4 cup muffin. Bila dah masak cantik yg di isi 2/3 cup. Selamat Mencuba.

Friday, April 20, 2012

Ayam Goreng Berempah Beriani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni hari jumaat, so kena buat kerja rumah cepat2. Bila dah semuanya kena buat cepat, menu hari ni pun yg cepat di masak dan sedap dimakan...tapi bukan mee maggie ya. Hari ni saya masak bening sayur bayam, ayam goreng berempah beriani dan buat sambal belacan....tu je. Menu yg ringkas kan... Walaupun nampak ringkas, masa makan tak ringkas punyerrr..maunya berpeluh2 makan dngn sambal belacan kaw...kaw..punyer..

Oklah terus pada resepinya ya, resepi asal dari Dayang Jack dan saya kopipes dari K.Nor. Terima kasih pada penyumbang resepi...mmng tak rugi mencubanya. Pada peminat ayam goreng tu, bolehlah mencubanya..mmng sedap sangat.



Bahan-Bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc)
  • 2 sudu besar rempah beriani (DJ guna 1 peket kecil rempah beriani Faiza)
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar :
  • 6-7 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 4 ulas bawang putih
Cara-Cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
***Ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus

Thursday, April 19, 2012

Bingka Labu Lemak Manis

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. Dah bersarapan ke? Tentulah sudah..kan..Walau cuma makan roti cicah milo/nescaffe kira dah bf jugalah. Jangan di biarkan perut tu kosong sebelum melakukan tugas seharian ya. Kalau saya mesti bf yg ringan2 je, kalau makan yg berat2 pagi2 ni..mesti perut memulas...tu yg malas tu. Pagi ni saya bf bingka labu lemak manis. Sebenarnya buat bingka ni malam tadi, bila dah masak tu terus biarkan sejuk tanpa di rasa dulu. Kali ni kira baiklah sbb jadi penyabar sikit. Biasanya kalau tngk kuih dah masak mesti nak rasa masa tu juga. Lagipun dah malam dan mengantuk sangat..tu yg lupakan niat nak merasa tu....nasib baik tak termimpi2 si labu...he3..

Pagi ni barulah dapat merasa, lagipun sebelum ni dah kerap buat..tu yg tak jakun sangat tuuu.Bila anak2 dah pergi kesekolah barulah acara tangkap gambar bermula, kalau tak maunya di tegur Hamka, kuih ni dah boleh makan ke..mama dah ambek gambar ke sebelum Hamka makan ni...adoyaiiiii klakorlah bila teringat telatah anak2 ni..tapi seronokkan ada yg mengusik kita. Kadang2 tu boleh ketawa sorang2 di buatnya...

Btw bingka labu ni mmng sedap sangat, terasa lemak manisnya sbb tu dinamakan bingka labu lemak manis....gabungan santan, susu pekat dan susu cair membuatkan bingka ni sungguh sedap sangat. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Jom semak resepinya....

Sebelum tu nak ajak kawan2 semua singgah blog pilihan di SINI. Kalau nak tau siapakah gerangannya....jom singgah...





BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
  • 2 biji telur
  • 2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir halus
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
  • 2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.

Wednesday, April 18, 2012

Nasi Arab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu ayam lagi...tak kisahlah janji anak2 suka dan nak gak makan sayur. Sebenarnya dah lama teringin nak masak nasi arab sendiri, kali ni barulah berkesempatan nak membuat dan merasa hasil air tangan sendiri. Macam biasalah, suami dan anak2 tak putus2 memuji keenakan nasi arab ni, bukan main berselera lagi diaorang makan. Hamka paling suka nasi macam ni, mmng dari minggu lepas Hamka suruh masak nasi yg ada perisa katanya. Saya pun tanyalah nak makan nasi apa? Tak kisahlah mama, janji yg ada perisa....makaiiii memandai je Hamka ni mengorder... Semalam saya luangkan masa lah masak nasi arab ni walaupun kesibukkan yg melanda. Alang2 dah tekak sendiri pun nak merasa sangat nasi ni, saya pun masaklah dngn penuh semangat. Masa menumis dan sementara menunggu nasi ni masak...fuhhhh dah tak tahan bau rempah yg membangkitkan selera ni. Dalam hati dok fikir, macamanalah sedapnya nasi ni.

Bila dah masak,terus rasa sikit....rasanya terus nak makan je dngn lauk kegemaran...tapi lum tangkap gambar lagi..bila dah kenyang kang dah takde selera pulak nak tangkap gambar. Saya pun teruslah menceduk nasi kemangkuk dan taburlah bahan2 hiris dan terus tangkap gambar. Lepas tu..faham2lahhhh....

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg sukakan nasi berempah ni, bolehlah mencubanya. Saya suka nasi ni sebab dah ada ayam sekali dlm nasinya, jadi hanya masak lauk yg berkuah jelah supaya tak rasa nasi ni kering. Kali ni saya makan bersama Kari Ayam Serai Wangi dan Acar Timun Nenas. Terpulanglah pada selera kawan2 ya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg beras bathmati [basuh, rendam dlm 20 minit dan toskan)
  • 1.5 liter air
  • 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 tin kecil kacang peas-toskan airnya
  • 1 cawan kismis
  • 3 biji cili merah- dihiris serong
  • 3 biji cili hijau- dihiris serong
  • 1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
  • 1 pokok daun ketumbar ]
  • 3 s/b minyak
  • 5 s/b minyak sapi
  • 2 s/b serbuk jintan manis ]
  • 1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
  • bawang goreng
  • gula
  • garam
Bahan Tumis
  • 5 ulas bawang merah ]
  • 3 ulas bawang putih ] mayang
  • 1 labu bawang besar ]
  • 3 cm halia ]
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 s/k jintan manis
  • 1 s/k jintan putih
Cara
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
  4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
  5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
  6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

**Kali ni Yatie tak guna beras basmathi, Yatie masak guna beras siam Birds of Paradise yg tak wangi dlm bungkusan hijau. Sukatan air tentu berbeza dan di kurangkan sikit. Terpulang pada kawan2lah ya.

Tuesday, April 17, 2012

Agar-Agar Santan Ros

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Agar2 santan Ros ni saya buat masa hari minggu yg lepas. Biasanya buat perisa pandan atau gula merah, kali ni saja tukar pada perisa ros pula. Saya cuma gantikan perisa pandan tu pada perisa sirap ros....mmng sedap dan harum je masa menikmatinya. Lebih sedap lagi kalau di sejukkan dulu, terasa nyaman je lalu kat tekak. Kali ni cuba resepi dari Hana pula, ni pun gara2 tergoda tngk agar2 santan pandan yg Izah buat tempohari. Buatnya mudah je, nak dngn tak nak je sebenarnya..kan..kan...Terima pada penyumbang resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya...pada peminat agar2 tu, bolehlah mencubanya...sedap tauuuu..sekejap je licin..




Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat *izah jadikan 200ml,Yatie buat mcm Izah juga.
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
  • perisa ros/sirap ros
Cara-cara
  1. Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  2. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  3. Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  4. Tuang kedalam loyang atau acuan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

Ayam Paprik Makyung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,moga hari yg ceria buat kawan2 semua. Terima kasih pada kawan2 yg memberi kata2 semangat buat saya dan juga anak2 saya. Saya amat2 menghargainya.Sebenarnya semalam nak n3 menu ayam paprik makyung ni, tapi tak berkesempatan...kesibukan yg melanda bila anak2 dah mula sekolah ni. Bila petang tu free sikit, tapi hujan lebat, petir dan guruh sabung meyabung hinggalah bekalan letrik tergendala. Bila malam dah mengantuk, pastu line tenet slow yg amat..last2 pagi ni barulah leh update.

Btw menu ni sungguh ringkas tapi sedap sangat. Kalau nak cepat, menu mcm nilah yg menjadi pilihan. Sebelum ni pernah masak ayam paprik diSINI,kali cuba resepi dari makyong@myresepi. Baru2 ni Kak Ummi ada masak menu ni dan K.Ummi C&P resepinya dari Mas. Terima kasih pada penyumbang resepi, mmng sedap masakan ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-Bahan
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk-Yatie pecah2kan je dan letak lebih sikit
  • bunga kobis, kacang buncis @ panjang@pea, karot.brokoli dan jagung muda
  • 3s/b sos tomato,3s/b sos cili,2s/b sos tiram dan 3s/b kicap manis
  • 4 helai daun limau purut-Yatie tambah
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya je-Yatie tambah
  • garam jika perlu dan sedikit gula
  • air jika perlu, dlm 1/2 cawan
Cara memasak :
  1. Panaskan kuali. Gorengkan ayam ( agak2 sampai masak, jangan terlalu garing ).Angkat dan ketepikan dulu.
  2. Sementara tu, tinggalkan sedikit minyak utk menumis.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk, kacau sekejap.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut, ayam yang digoreng tadi dan sayur-sayuran.
  5. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Biarkan seketika dan boleh tutup api.
  6. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Sunday, April 15, 2012

Mohamad Talhah....rindu serindunyaaaaa..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semalam dah tengok gambar anak dara saya, kali kita tengok pula gambar anak bujang saya. Semalam tu saje je isi masa lapang, ada pula kawan yg bertanyakan khabar berita tentang anak saya Mohamad Talhah di UK. Syukur Alhamdulillah buat masa ni Talhah sihat dan seronok tinggal di UK. Hari2 yg di laluinya setakat ini semuanya baik2 saja. Saya sebagai mak, sentiasa mendoakan kesejahteraannya sepanjang di perantauan. Tipulah kalau kata tak rindu kan. Walau hampir setiap hari bergayut di telefon bersama anak kesayangan, perasaan rindu ini tetap menebal. Lebih2 lagi bila teringat makanan kegemarannya. Ok takmo citer lebih2lah, nanti hati jadi sayu pulak..mulalah berangan dan tak sabar nak jejakkan kaki di bumi UK...he3...Jomlah layan gambar2 yg tak seberapa ni...Terima kasih pada kawan2 yg sentiasa mendoakan kesejahteraan Talhah, terharu sangat dan saya amat menghargainya.



Saturday, April 14, 2012

Seri Izati dan Seri Irdina

Assalamualaikum dan Selamat Berhujung minggu semua. Hari ni rehat2 dan makan2 jelah kat rumah, cuaca mendung pastu hujan...adoyaiiii lagilah bertambah2 malas di buatnya..asyik nak rehat je...he3...sesekali tak kisahlah kan...kalau tiap2 hari, gemuklah badan. Hari ni saje je nak tayang muka anak daraku...sekadar suka2 je..inilah kerja orng takde kejeeeee...ngeeeee...

Thursday, April 12, 2012

Apam Indon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pagi ni kita bf dngn Apam Indon.Sebenarnya saya buat apam ni malam tadi dan pagi ni bolehlah buat bf. Anak2 terkejut gak, kenapa mamaNya suruh makan kek pagi2. Apam ni seakan2 rupa kek pula. Ini adalah hasil tngk keayuan apam indon yag Ita Masam Manis buat sebenarnya. Mengikut resepi asal cuma buat 3 lapisan je, hasil kekreatifan Ita terhasillah apam indon yg sungguh menarik. Saya adalah antara kawan yg teruja sangat nak mencuba dan merasa apam indon ni. Inilah hasilnya...pada saya dah oklah..kalau kawan2 tngk yg Ita buat...lagilah cantik. Siapa yg tak kenal Ita kan...semua hasil sentuhan tangannya membuatkan setiap menu tu jadi sungguh istimewa. Terima kasih Ita berkongsi idea yg kreatif.

Menurut Ita, resepi ni adalah dari Blackmore Forum Cari dan ianya juga telah di cuba oleh MamaFami, Cikpuan Mieza myresepi dan Kak Ummi. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kali ni saya buat cara Ita.




Bahan-Bahan
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak-Yatie tambah
  • pewarna dan perisa kegemaran
Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Sediakan loyang ukuran 9 inc
  3. Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
  4. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  5. Campurkan garam ke dalam susu.
  6. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  7. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  8. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  10. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  11. Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
  12. Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.
Cara Ita, Yatie juga ikut cara yg Ita buat.
  1. Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan.
  2. 2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla.
  3. Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
**Masa mengukus, Yatie tutup loyang tu dngn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.

Wednesday, April 11, 2012

Kari Kurma Telur dan Tahniah buat Nieza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan cuti umum, jadi ramai rasanya mengambil kesempatan utk pulang kekampung dan ada pula yg mengambil keputusan utk berehat saja di rumah bersama keluarga tersayang. Maklumlah cuti sehari je, mungkin lebih baik dok rumah je. Jangan ada yg tambah cuti sendiri udahlah yaaaa...pastu sambung hingga Ahad.....uwaaa mmng gemoklah nampaknya.

Ok kali ni nak kongsikan bersama resepi Kari Kurma Telur yg sedap ni. Sebelum ni ada kawan yg mengatakan dia peminat telur dan bertanyakan pada saya, boleh tak kongsikan resepi yg berasaskan telur. Pada saya mudah je, resepi ayam boleh juga di tukarkan pada telur...pastu olah2lah sendiri ikut kesesuaian rasa...mudahkan. Pada peminat telur tu bolehlah cuba resepi ni bagi mempelbagaikan koleksi masakan berasaskan telur.



BAHAN- BAHAN
  • 10 biji telur ayam- di rebus, kopek kulitnya dan kelar2kan sikit permukaannya.
  • 2 biji kentang- kupas dan belah 4
  • 2 biji tomato- belah 4 setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cwn santan cair
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 btng lada merah/hijau (belah 2)
  • Garam dan gula
  • 1 sudu besar kerisek
  • Minyak utk menumis
BAHAN TUMIS
  • 2 ulas bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 tangaki daun kari
  • 1 btng serai- dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Blend bahan2 kisar sehingga halus, campurkan bersama rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili... kisar lagi.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan serai yg di titik, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih, biar sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan telur yg di rebus tadi. Masukkan kerisek dan gaul lagi.
  5. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang santan pekat, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana.
  6. Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau/merah yg di belah 2.... masak sekejap lagi.
  7. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan hidangkan.


Happy 2nd Bloggersary Our Journey Begins

Cantik tak gambar kat bawah ni? Sebenarnya gambar bunga2 kat bawah ni datangnya dari Nieza di Finland sempena ulangtahun blog Our Journey Begins yg ke 2 thn. Terima kasih dan tahniah akak ucapkan pada Nieza. Moga terus sukses dan terus berkongsi ilmu masakan dan pengalaman sepanjang berada di perantauan. Maaf ya akak lewat gantungkan kad ni kat blog di sebabkan kesibukan yg melanda dan hampir terlupa je, ini bukanlah di sengajakan ya dik. Semoga ukhuwah yg terjalin selama ini terus berkekalan hingga keakhir hayat hendaknya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari rakan2 akak yg baik hati. Akak amat2 menghargainya.


Tuesday, April 10, 2012

Ayam Bakar Oregano

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ayam Bakar Oregano ni saya masak masa hari minggu aritu. Bila cuti2 ni barulah leh masak yg berat sikit dan memerlukan masa memasak yg lama. Lagipun dah sarapan berat, so bolehlah masak lambat sikit. Kali ni cuba resepi yg mudah dari Kak Liza lagi. Kalau resepi dari Kak Liza semuanya sedap. Ayam macam ni sedap ratah2 je..uwaaaa mcm ganasss bunyinya. Sebenarnya masa makan ayam ni taklah ganass spt yg di bayangkan. Saya, suami dan anak2 makan penuh sopan santun ya....cuma adalah rencah2 yg melekat sikit kat pipi ni...he3...kira sopan ke tu? Faham2 jelah ya bila meratah ayam ni.

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat ayam bakar/panggang tu....bolehlah mencubanya.Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 4 sudu besar sos BBQ [K.Liza gunakan sos BBQ Pedas Knorr]
  • 1 sudu besar lada hitam *-Yatie guna serbuk lada hitam yg kasar
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 sm halia*(bahan bertanda* di tumbuk halus)
  • 1 s/b dry oregano
  • 1 s/b olive oil
Cara-Cara
  1. Bersihkan ayam dan keringkan betul-betul. Yatie belah 4 dan bahagian yg kecil2 buat sup je.
  2. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 2 - 3 jam.
  3. Bakarkan dalam oven pada suhu 200'C selama 1 jam atau sehingga masak.
  4. Hidangkan dengan sayuran. Yatie makan bersama sos lada hitam.

Monday, April 9, 2012

Bingka Cheese Berlauk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni tayang bingka lagi. Kali ni bingka bukan sebarang bingka ya..bingka yg sedap di beri nama Bingka Cheese Berlauk. Resepi macam biasalah dari Chef terkenal iaitu Chef Hanieliza. Sebelum ni buat versi kukus jadilah Talam Berlauk, kali ni versi bakar dan di tambah parutan cheddar cheese dlm adunan membuatkan bingka ni sedap sangat. Bila makan tu takmo berhenti....sedap sangat tau...mmng mengenyangkan betul, takyah makan nasi lagi daaaaa.

Terima kasih juga pada Kak Ummi yg mewar2kan resepi bingka yg sedap ni. Pada peminat kuih bingka dan tak suka yg manis2 tu, bolehlah cuba versi berlauk ni pula...mmng berbaloi. Terima kasih Kak Liza...akan buat lagi dan lagi sbb sedap sangat.


Bahan A (bancuhan tepung):
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan (boleh guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air) - akak guna santan kotak 1 cawan + 2 cawan air
  • 1 sudu garam halus
  • 2 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan parutan Cheddar Cheese
Bahan B (Inti):-
  • 200 gm daging kisar/cincang-kali ni Yatie guna daging ayam kisar pula
  • 2 biji kentang - dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang (akak tambah ni)
  • 1 batang kecil lobak merah - didadu (akak parut halus)
  • 1 sudu makan rempah kari (akak letak 2 sudu)
  • 2 biji cili merah (dihiris halus)
  • 5 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris halus)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Cara-Cara Membuat Bingka:-
  1. Kacau semua bahan kecuali Cheddar Cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah dilenser dengan marjerin.
  2. Kemudian taburkan Cheddar Cheese tadi.
  3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 20 minit dahulu.
  4. Kemudian keluarkan dan tuangkan inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka. Bakar lagi selama 30 minit/hingga masak.
  5. Sejukkan dan taburkan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang dihiris. Potong dan hidangkan.
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masukkan rempah kari dan kacau rata lagi.
  3. Masukkan kentang dahulu, diikuti dengan lobak dan garam secukup rasa. Masak hingga daging sedikit kering dan masak elok.
  4. Seimbangkan rasa dan tutup api. (*kalau terlalu banyak minyak, toskan inti daging sekejap). (akak masukkan sebahagian bahan hirisan semasa membakar, dan sebahagian lagi ditabur semasa menghidang).

Sunday, April 8, 2012

Kek Coklat Kukus (Kak Liza)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan kek coklat kukus yg sangat sedap, dahlah sedap..senang pulak membuatnya. Sebelum ni banyak cuba versi kek coklat samada yg di bakar ataupun di kukus. Ini juga antara kek coklat yg paling sedap yg pernah di cuba. Sebelum ni pernah buat ikut resepi ni, tapi tak n3 lagi sbb gambarnya tak berapa menarik..maklumlah guna kamera biasa je, warna kek coklat jadi hitam pulak dlm gambar. Last2 ngapppp je dan tak perlu tangkap gambar..hah3..Habis nak wat mcmana, dah terliur sangat si anak dan si emak...layan jelahhhh tekak sendiri. Tak payah letak krim coklat pun dah sedap...

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, juga buat Izah yg selalu menggoda menu yg sedap2. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kek coklat tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi...leh wat niaga lagiiiii....



Bahan A [Kacau rata]
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan butter cair
  • 2 cawan gula perang
Bahan B [ayakkan]
  • 2 cawan tepung superfine
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 s/k baking powder
  • 1/2 s/k soda bikarbonat
  • 1/2 sk serbuk nescafe *izah tambah
Bahan C [kacau rata]
  • 1 biji telur ayam *izah letak 2 biji B
  • 1 s/k esen vanilla
Cara1.
  1. Panaskan kukusan
  2. Kacau semua bahan A supaya sama rata.
  3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
  5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
  6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.(bungkus kain penutup kukus)
  7. Hiaskan dengan krim coklat
KRIM COKLAT
  • 250 gm cooking coklat
  • 1 s/b cocoa butter [butter]
Cara
  1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas.
  2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.
  3. Kacau coklat sampai semua telah cair.
  4. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati.
  5. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.

Saturday, April 7, 2012

Kari Ikan Gaya "Goa"

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua. Bila hari minggu ni mesti ada menu special buat keluarga tersayang kan. Bagi saya macam biasa je, kalau rajin terlebih tu..adalah menu special...kalau mood merundum, hanya menu biasalah nampaknya. Bagi saya, hari2 menu yg saya hidangkan tetap menu special walaupun ianya nampak simple je. Hati ini terhibur bila setiap menu yg di hidangkan di hargai dan di nikmati dngn penuh kesyukuran. Alhamdulillah semuanya rezeki dari Allah SWT.

Hari ni saya masak Kari Ikan Gaya GOA. Mula2 tu pelik gak kenapa namanya mcm tu...so takmo pening2kan kepala, saya pun masaklah ikut gaya Mat Gebu. Menurut Che Mat, resepi ni adalah dari Chef Wan...kalau dah resepi dari chef terkenal tu, mestilah sedapkan. Bila dah masak tu, fuhhhh mmng sedap betullah. Kira hari ni saya tak sabar nak menikmati makan tengahari gara2 bau kari yg lain dari yg lain walaupun resepi ni tak menggunakan kari sebenarnya. Bila dah campur segala bahan2 rempah tu..buatkan kari ni sungguh special. Tak percayaaaa ke???..Kalau tak percaya tu, cubalah sendiri..baru tau mcmana rasanya.

Terima kasih pada Mat Gebu dan penyumbang resepi. Izinkan akak kongsikan resepinya di sini pula ya. Kali ni akak masak guna ikan mayong. Dah selalu sangat ikan mayong masak asam pedas..so tukar pada karilah pulak...fuhhhh mmng marvelous.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gram ikan tenggiri
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
  • 500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan tenggiri dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Wednesday, April 4, 2012

Bingka Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni membingka lagi. Sebenarnya masa balik kampung aritu saya buat bingka kentang kegemaran mak dan ayah. Masa tu nak cepat, so tak sempatlah nak tangkap gambar. Hari ni bila buat utk makan sendiri, di sempatkan jugalah utk ambil gambar dan kongsikan bersama resepi yg kerap saya buat. Kuih ni juga menjadi kegemaran kami sekeluarga sbb ianya lemak manis dan lembut je bila di makan. Sebelum ni pernah buat di SINI. Pada peminat kuih bakar/bingka tu, bolehlah mencubanya. Jom kita semak resepinya.




Bahan-bahan.
(loyang 8x8inci)-Yatie guna acuan pecah 8 dapat 4 keping kuih.
  • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan (nak kisar dngn daun pandan pun boleh)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna hijau dan sedikit pes pandan


  • sedikit bijan
  • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh
Cara-cara.
  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.
Related Posts with Thumbnails