Pada kawan2 yg tak pernah buat dan pernah mencuba tapi tak berapa menjadi mcm saya sblm ni, bolehlah mencubanya. Sebenarnya senang je buat kek ni, yg penting kita mensti yakin kek tu menjadi. Saya buat sama rasa was2, jadilah kek yg was2 jugaaaa...hehehehe. Lepas ni mesti yakin menjadi, barulah kek tu menjadi dngn jaya dan bergaya....Terima kasih pada penyumbang resepi asal Pn Munirah Baharum dan kawan2 yg lain. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya buat rujukan di masa akan datang.
Bahan:-
A - Gula Hangus
- 2 sudu besar gula pasir
- Sediakan loyang bulat 8 inci.
- Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
- Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
- 1/2 tin susu cair (susu sejat)
- 70 gram gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.
- Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
- Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
C - Adunan Kek Bahan 1
- 70 gram gula kastor
- 3 biji telur kuning
- 135ml air
- 45ml minyak masak
- 140 gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
- Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
- Ketepikan.
- 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
- 70 gram gula castor
- 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
- Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
- Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
- Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
- Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
- Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
- Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
- Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
- Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
- Lorekkan atas adunan dengan lidi.
- Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
- Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
- Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
- Letakkan pada rak bawah dalam oven.
- Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. Saya tambah 5 minit lagi guna api atas sahaja utk keringkan permukaan kek.
- Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
- Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
- Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek)
- Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
- Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
sedapnya...
ReplyDeleteAssalam kak yatie,meriahnyer kale,ijo mesti ada kan,sbb feberet hamka..Cantik kak,kek nih mmg sedap kan,sy wat 2kali dah,tapi mmg rasa nak wat lagi n lagi jer,hihi..Mmg sedap mkn time sejuk2..
ReplyDeleteSalam yatie,cantiknya kek...minggu lepas kak ros dah cuba buat pudding lemak cendul yatie tu.sedap.
ReplyDeletesukanya....
ReplyDeletenampak sedap gitu..
Salam kak Yatie.. wah memang nampak sedap n santeq sesangat..yang paling teruja bab banyaknyer step.. rajin n tabahnyer kak.. nak join kek akak lah... sedap ni..
ReplyDeleteSalam Kak Yatie,dah lama Kaz teringin nak buat kek ni tapi tak berani lagi. Tak taulah bila nak berani dan rajin mcm kak yatie ni.
ReplyDeleteaslmkum yatie.. smlm saya pun buat kek ni.. utk memenuhi hajat kakak2 kerani kt ofis.. dah byk kali buat tpi rasa bdebar2 menunggu kek ni msk.. cantik warna warni kek yatie..
ReplyDeleteAssalamualaikum Yatie Cayang!
ReplyDeleteCunnnnnnya!!! Warna Kek Ni...Pandai Betul Kamu Mengoda Dan Membuatkan Kak Lin Tergoda! Hahaha
BetulX3, memang nampak sedap, tapi saya buta huruf pasal kek mengkek ni.
ReplyDeleteAssalam Yatie cayang....amboiii rajinnya...mmg bila tengok ni, rasa2 jek kat tekak, nak kena buat lgk la nampaknya...nak makan yg Yatie ni ntah la bila dpt merasa...kan....huhuuu :))
ReplyDeletebestkan...kalau masuk esbok lg la mabelesss, penah 2x buat tp bab paling mencabar nak wat gula hangus tu. dapo kat sini karen wpun paling kecit bukak api tu cepat aje hangus huhuhu ngeri
ReplyDeleteSalam.. Rajin betul Kak Yatie ni.. Nampak sedap sangat. Macam susah je kak nak membuatnya.
ReplyDeleteSedapnya kak Yatie...cantik pulak tu...
ReplyDeletemacam byk prosesnya k.yatie..tp lawanya kek ni...colourful.mmg sedap kalo minum ptg ni:)
ReplyDeletecantiknya belangan kek ni kak Yatie...memang sedap dan terbaikla. nieza pun dah buat mkn sampai tak ingat donia sampai setgh loyang pun boleh abis kalau ikutkan hati ni...hehe
ReplyDeleteSalam kak yatie...
ReplyDeletewahhh menjadi tu...memang sedap kek ni.and memang kena yakin dan folow je step.insyaAllah jadi...sy pun dah tak terbilang buat kek ni sbb dpt tempahan dr kawan2...wiken ni harus buat lagi rekues dr kanak2 riang kat umah..layanzzzz
Wah kaler maler yg menarik, sah lps ni nk buat lg ln kak Atie...nnt leh try yg karamel lbh tebal lak..hihi..cantik layer akk buat tu, leh ambik tempahan nnt
ReplyDeletesalam yatie..
ReplyDeletedah petang baru dapat jalan-jalan kat rumah yatie ni..
Cantiknya warna yatie.. ceria aje..
Mesti semua tersenyum ceria bila menjamah kek ni kan.. sedapnya... lama dah tak buat ni.. nanti nak buat jugak lah.. dah terliur dah ni...
memang kena yakin diri bila buat kek, setuju dengan kata yatie,kalau kita was-was, jadinya was-was jugalah ... he hehee macam Amie belum yakin nak buat kek yang canggih2, buat pun sekadar untuk makan2 saja...
ReplyDeleteKek karamel yg sedappppp....:)
ReplyDeleteSalam Yatie.....salam perkenalan...kak rus pun dah cuba kek yang sedap ni...tapi tak segebu yang Yatie buat...kena buat lainlah jawabnya.
ReplyDeleteAslmkum Yati
ReplyDeleteCun belang2 kek karamel Yati...pilihan warna yg cantik . teringin nak buat lagi kek ni bila kwn2 tayang....tunggu rajin...
cantiknyer..bilalah br berani nak cuba ek?
ReplyDeleteselamat hari lahir kakak ku syg..entri esok ye.hehe
ReplyDeletecantiknya...mesti sedap kan...nanti nak cuba lah
ReplyDeleteSelamat hari lahir. Sedap nampak kek tu. Teringin nak cuba.
ReplyDeleteSalam kak..smlm saya tersinggah d blog akak..Dan try resepi kek caramel ...alhamdulillah mnjadi...tq akak
ReplyDeleteakak....shida pun dah banyak kali buat kek karamel nie..guna resepi yang sama jugak..alhmdlah menjadi....sedaaaap pun sedaaaaaaaap..terutama time sejuk baru kuar dr peti ais
ReplyDeleteMcm sedap je.klau nak oder ngan akak bole ker.sy nak sngat ni mcm mane nak oder.emel kat sy bole x susriati85@gmail.com
ReplyDelete