Friday, December 2, 2011

Kek Puding Karamel Pelangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya segan nak tayang kek karamel pelangi yg saya buat ni. Masa membuatnya pun punyalah berdebar2 sebab takut tak jadi. Sebelum ni pernah buat tapi keknya bantat, tu yg serik nak buat lagi. Sejak2 ni ramai kawan2 blogger masakan buat kek yg glemer dan sedap ni. Dalam hati ni tak sabar nak buat lagi dan lagi...tapi tulah fobia betullah takut tak menjadi lagi. Semalam petang memberanikan diri mencuba sekali lagi buat kek karamel pelangi ni. Syukur alhamdulillah menjadi tapi taklah secantik kawan2 yg lain. Kalau tngk Azlita, K.Ummi, Anna Qawina, Juwita dan ramai lagi yg telah mencubanya..menjadi dngn cantik sekali. Lepas ni nak cuba lagi dan lagi dan lagi....sampailah betul2 puashati. Btw suami dan anak2 suka betul kek ni, diaorang kata menjadi dan sedap sangat...lebih sedap lagi di makan sejuk..mmng tak cukup sepotong.

Pada kawan2 yg tak pernah buat dan pernah mencuba tapi tak berapa menjadi mcm saya sblm ni, bolehlah mencubanya. Sebenarnya senang je buat kek ni, yg penting kita mensti yakin kek tu menjadi. Saya buat sama rasa was2, jadilah kek yg was2 jugaaaa...hehehehe. Lepas ni mesti yakin menjadi, barulah kek tu menjadi dngn jaya dan bergaya....Terima kasih pada penyumbang resepi asal Pn Munirah Baharum dan kawan2 yg lain. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya buat rujukan di masa akan datang.



Bahan:-

A - Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

C - Adunan Kek Bahan 1
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
D- Adunan Kek Bahan 2
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringue
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
  3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
  4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
  5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
  6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
Kaedah Steam Bath:
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. Saya tambah 5 minit lagi guna api atas sahaja utk keringkan permukaan kek.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek)
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

29 comments:

  1. Assalam kak yatie,meriahnyer kale,ijo mesti ada kan,sbb feberet hamka..Cantik kak,kek nih mmg sedap kan,sy wat 2kali dah,tapi mmg rasa nak wat lagi n lagi jer,hihi..Mmg sedap mkn time sejuk2..

    ReplyDelete
  2. Salam yatie,cantiknya kek...minggu lepas kak ros dah cuba buat pudding lemak cendul yatie tu.sedap.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Yatie.. wah memang nampak sedap n santeq sesangat..yang paling teruja bab banyaknyer step.. rajin n tabahnyer kak.. nak join kek akak lah... sedap ni..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yatie,dah lama Kaz teringin nak buat kek ni tapi tak berani lagi. Tak taulah bila nak berani dan rajin mcm kak yatie ni.

    ReplyDelete
  5. aslmkum yatie.. smlm saya pun buat kek ni.. utk memenuhi hajat kakak2 kerani kt ofis.. dah byk kali buat tpi rasa bdebar2 menunggu kek ni msk.. cantik warna warni kek yatie..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yatie Cayang!

    Cunnnnnnya!!! Warna Kek Ni...Pandai Betul Kamu Mengoda Dan Membuatkan Kak Lin Tergoda! Hahaha

    ReplyDelete
  7. BetulX3, memang nampak sedap, tapi saya buta huruf pasal kek mengkek ni.

    ReplyDelete
  8. Assalam Yatie cayang....amboiii rajinnya...mmg bila tengok ni, rasa2 jek kat tekak, nak kena buat lgk la nampaknya...nak makan yg Yatie ni ntah la bila dpt merasa...kan....huhuuu :))

    ReplyDelete
  9. bestkan...kalau masuk esbok lg la mabelesss, penah 2x buat tp bab paling mencabar nak wat gula hangus tu. dapo kat sini karen wpun paling kecit bukak api tu cepat aje hangus huhuhu ngeri

    ReplyDelete
  10. Salam.. Rajin betul Kak Yatie ni.. Nampak sedap sangat. Macam susah je kak nak membuatnya.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya kak Yatie...cantik pulak tu...

    ReplyDelete
  12. macam byk prosesnya k.yatie..tp lawanya kek ni...colourful.mmg sedap kalo minum ptg ni:)

    ReplyDelete
  13. cantiknya belangan kek ni kak Yatie...memang sedap dan terbaikla. nieza pun dah buat mkn sampai tak ingat donia sampai setgh loyang pun boleh abis kalau ikutkan hati ni...hehe

    ReplyDelete
  14. Salam kak yatie...

    wahhh menjadi tu...memang sedap kek ni.and memang kena yakin dan folow je step.insyaAllah jadi...sy pun dah tak terbilang buat kek ni sbb dpt tempahan dr kawan2...wiken ni harus buat lagi rekues dr kanak2 riang kat umah..layanzzzz

    ReplyDelete
  15. Wah kaler maler yg menarik, sah lps ni nk buat lg ln kak Atie...nnt leh try yg karamel lbh tebal lak..hihi..cantik layer akk buat tu, leh ambik tempahan nnt

    ReplyDelete
  16. salam yatie..
    dah petang baru dapat jalan-jalan kat rumah yatie ni..

    Cantiknya warna yatie.. ceria aje..
    Mesti semua tersenyum ceria bila menjamah kek ni kan.. sedapnya... lama dah tak buat ni.. nanti nak buat jugak lah.. dah terliur dah ni...

    ReplyDelete
  17. memang kena yakin diri bila buat kek, setuju dengan kata yatie,kalau kita was-was, jadinya was-was jugalah ... he hehee macam Amie belum yakin nak buat kek yang canggih2, buat pun sekadar untuk makan2 saja...

    ReplyDelete
  18. Salam Yatie.....salam perkenalan...kak rus pun dah cuba kek yang sedap ni...tapi tak segebu yang Yatie buat...kena buat lainlah jawabnya.

    ReplyDelete
  19. Aslmkum Yati

    Cun belang2 kek karamel Yati...pilihan warna yg cantik . teringin nak buat lagi kek ni bila kwn2 tayang....tunggu rajin...

    ReplyDelete
  20. cantiknyer..bilalah br berani nak cuba ek?

    ReplyDelete
  21. selamat hari lahir kakak ku syg..entri esok ye.hehe

    ReplyDelete
  22. cantiknya...mesti sedap kan...nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  23. Selamat hari lahir. Sedap nampak kek tu. Teringin nak cuba.

    ReplyDelete
  24. Salam kak..smlm saya tersinggah d blog akak..Dan try resepi kek caramel ...alhamdulillah mnjadi...tq akak

    ReplyDelete
  25. akak....shida pun dah banyak kali buat kek karamel nie..guna resepi yang sama jugak..alhmdlah menjadi....sedaaaap pun sedaaaaaaaap..terutama time sejuk baru kuar dr peti ais

    ReplyDelete
  26. susriati85@gmail.comJuly 16, 2012 at 10:46 PM

    Mcm sedap je.klau nak oder ngan akak bole ker.sy nak sngat ni mcm mane nak oder.emel kat sy bole x susriati85@gmail.com

    ReplyDelete