Thursday, August 19, 2010

Selamat Sampai Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Apa khabar? Harap anda semua baik2 saja dan sentiasa sihat dalam menjalani ibadah di bulan yg mulia ini. Bagi saya serta keluarga, alhamdulillah sihat walafiat. Syukur alhamdulillah kerana kami sekeluarga telah selamat sampai di Malaysia pada 11/8/10 pkl 4 ptng ...hari rabu. Terima kasih kepada semua pengunjung yg masih sudi singgah ke blog Sinar Kehidupanku. Maaf kerana lama tak update, ini adalah kerana saya begitu sibuk dan letih di saat ini. Perjalanan dari US yg begitu jauh, membuatkan kami mengambil masa untuk pulih seperti biasa, lebih2 lagi dengan perubahan cuaca. Perjalanan dari Louisiana ke ke Los Angeles mengambil masa 4 jam, dari Los Angeles ke Taipei mengambil masa 13 jam....dari Taipei ke KLIA selama 4 jam dan dari KLIA ke JB selama 45 minit. Semuanya perjalanan sepanjang dlm Flight dan tidak termasuk waktu menunggu penerbangan....semuanya lebih kurang 30 jam perjalanan....bayangkanlah betapa lama dan jauhnya.

Saya tetap bersyukur, walaupun perjalanan yg jauh...tapi saya dan keluarga sempat menyambut awal Ramadhan walaupun terpaksa bersahur di dalam Flight. Terima kasih kepada penerbangan MAS kerana mengumumkan waktu bersahur pada masa itu. Rasanya itulah kenangan paling indah yg tak mungkin saya lupakan dan ianya begitu menyentuh hati. Pada awal Ramadhan juga saya dan keluarga dapat bertemu kembali bersama keluarga tercinta setelah 3 tahun tidak bertemu. Kami di sambut oleh keluarga tersayang dan dapat berbuka puasa bersama2 pada awal Ramadhan. Rasa terharu sangat sebab mak dan keluarga bersusah payah menyambut kepulangan kami dan menyediakan juadah berbuka puasa yg begitu enak sekali merangkumi doa selamat. Gembira dan rasa bersyukur yg teramat sangat dengan nikmat yg Allah kurniakan

Buat masa ni saya bersama keluarga bersiap2 unuk berpindah dan menyediakan kelengkapan untuk anak2 memulakan persekolahan di Malaysia. Blog masakan buat masa ni direhatkan sementara waktu. Rasa rindu sangat nak main masak2....sepanjang seminggu di Malaysia, juadah bersahur dan berbuka puasa, banyak di sediakan oleh mak dan mertua. Sesungguhnya saya masih rindu dngn masakan mak dan alhamdulillah dapat juga saya menikmatinya. Terima kasih pada mak dan keluarga...menjadikan saya manja sekejap dan tolong apa2 yg patut je di dapur....hihihihi........

Oklah setakat ini dulu coretan kali ini....jumpa lagi di lain kesempatan. Terima kasih pada kawan2 yg singgah ke blog Sinar Kehidupanku....kehadiran anda semua amat2 saya hargai. Maaf kerana tidak sempat membuat kunjung balas dan membalas komen2 dari kawan2 semua......bila semuanya dah selesai....insyaAllah saya akan buat kunjungan balas pada semuanya. Selamat Berpuasa Semua....

Sunday, August 8, 2010

Bercuti Dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Di sini saya ingin mengambil kesempatan utk memberitahu bahawa saya akan bercuti dari berblogging. Ini adalah kerana saya akan pulang ke Malaysia dan mungkin mengambil masa yg lama sedikit utk menyelesaikan banyak perkara. Saya juga ingin memohon salah dan silap sekiranya ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada umat islam semuanya...moga setiap amalan kita diterima oleh yg Maha Esa. Doakan moga semuanya berjalan lancar dan semoga kami selamat sampai ke Malaysia. Terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah ke blog Sinar Kehidupanku. Kita jumpa lagi di lain kesempatan.

Tahniah Dr Mohd Khata Bin Hj Jabor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..gambar lagi..













Tahniah Dr Mohd Khata Bin Hj Jabor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsi bersama kegembiraan kami sekeluarga bersama kawan2 semua. Syukur alhamdulillah, suami saya telah tamat pengajiannya dlm PHD di Louisiana State University. Pada 6/8/10 majlis Konvokesyen telah di adakan dan itulah saat yg paling mengembirakan kerana setelah 3 tahun berhempas pulas memerah otak dan tenaga, akhirnya suami saya dapat menamatkan pengajiannya. Tahniah ku ucapkan buat suamiku tersayang...walaupun selama ini banyak cabaran dan dugaan, namun kau tidak pernah menyerah kalah...malah kau sedaya upaya mengharunginya. Kini kau tersenyum gembira dan bangga dengan kejayaan ini...semoga selepas ini kau akan dan tidak jemu mencurahkan bakti dan tenaga kepada anak bangsamu.







Saturday, August 7, 2010

Kenangan Di Beverly Hills- Hollywood

Salam dan bertemu kembali. Ini pula gambar yg diambil semasa kami di Beverly Hills- Hollywood. Di sini terdapat banyak rumah2 artis Hollywood. Kawasan ini sangat bersih dan tidak dibenarkan kenderaan berhenti dihadapan rumah..lalu je boleh. Saya suka sekitar pemandangan yg bersih dan nyaman ini.









Kenangan Di Hollywood

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maaf tiada acara masak2 kat sini buat masa ni. Tuan rumah sibuk berkemas dan peralatan masak2 pun banyak dah di simpan.....sekadar masak sempoi2 je buat masa ni. Ini adalah antara gambar2 masa di Hollywood semasa dalam perjalanan ke Universal Studios. Jom kita tengok....








Friday, August 6, 2010

Walk of Fame- Hollywood

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya sambung semula n3 gambar2 semasa bercuti tempohari. Bukanlah bermakna saya membangga2kan sangat artis barat ya, alang2 dah sampai sini...apa salahnya bergambar sebagai kenangan. Walk Of Fame ini adalah nama artis2 Hollywood yg mendapat pengiktirafan....dan inilah antaranya yg sempat saya ambil gambar. Sepanjang jln ni banyak tapak bintang yg tertera nama artis2. Jom kita lihat...










Lihat di sepanjang jln tu, bnyk tapak2 bintang yg tertera nama artis, sbb tu di sebut Walk Of Fame.

Wednesday, August 4, 2010

Blueberry Cream Muffins

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni letak n3 muffin pulak. Asyik gambar makan angin je, takut ada yg jemu pulak. Muffin ni saya buat pun buat bekalan masa jln2 tempohari. Biasalah kalau jln2 ni banyak kena bawa bekalan utk anak2. Resepi asal saya ambil di sini. Muffin ni memang sedap sangat....kalau nak rasa tu, kenalah mencubanya...




Ingredients
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 cups granulated sugar
  • 1/2 cup vegetable oil
  • 2 large eggs
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 1 cup (8 oz) sour cream ( I used plain yogurt)
  • 1 1/2 cups fresh blueberries (or frozen thawed and drained)
Preparation
  1. Place oven rack in lower-middle position of oven and heat to 375 degrees F.
  2. In a medium bowl sift together flour, baking soda, baking powder, and salt. Sprinkle 1 tablespoon of flour mixture over blueberries and toss to coat; set aside.
  3. In a large bowl, whisk eggs and sugar together until mixture is pale yellow. While whisking, slowly pour in oil; add vanilla and sour cream, and mix well. Fold in remaining flour mixture until just incorporated. Do not over mix. (Batter should be mixed just until it comes together. It's OK for some small sprays of flour to be visible in the raw dough.)
  4. Gently fold in 1 cup of the blueberries.
  5. Spray a twelve-cup muffin tin with vegetable cooking spray or coat lightly with butter (or use paper liners). Distribute muffin dough equally among cups. Sprinkle remaining 1/2 cup of berries on top of muffins and press down lightly. Place in oven and increase temperature to 400 degrees F.
  6. Bake until muffins are golden brown and a toothpick inserted into the center comes out clean, about 20 to 25 minutes, rotating pan halfway through. Remove from oven and turn out, upside down on tea towel to cool completely. Serve immediately or store in airtight container for 2 to 3 days.